Latest Entry

mknace unlimited | the colours of life

Movie Review - Khurafat (2011)

Klik untuk gambar yang lebih besar
Aku kasi 4 bintang untuk ini filem
Serita pasal Johan dan Aisyah yang baru berkahwin yang sering diganggu benda halus selepas diaorang pulang semula dari kampung si Johan ni. Malam sebelum kejadian tu si Johan ni ikut pak imam gi tolong Pak Aziz yang kena rasuk. Pak Imam tunjukkan sesuatu yang ditanam kat bawah rumah pak aziz ni pada si johan. Malam tu jugak mula la adegan diaorang kena kacau aje.

Bila balik ke bandar si johan ni masih diburu oleh anna, bekas awek dia yang memang dah desperate lepas johan kahwin ngan aisyah. Pelik jugak kan. Makin lama makin teruk. Pastu ngan timbulnya makcik rosnah ke apa nama dia tu, makin misteri jadinya filem nih.. Sapa yang dok kacau si johan ni sebenarnya.

Sampai la si anna mati bunuh diri. Johan hantar jenazah anna pulang ke kampung dan diaorang eksiden. Lebih banyak gangguan yang johan terima dan masa ni la baru tahu, rupanya yang jahat ni memang si johan sebenarnya. Dia dah pakai minyak dagu untuk dapat si anna tu. Pastu dia dah langgar syarat yang mana dia tak boleh lepaskan si anna, kalau tak memang la dia terima padah. Filem ni diakhiri dengan kematian si johan..

OK.. For me, not so bad la. Cuma elemen seram tu memang takde sangat sebenarnya. Yang banyak sebenarnya elemen kejutan. Memang terkejut tahap dewa tu. Tapi yang pelik aku lebih kepada ketawa.. maybe elemen kak limah lebih power hingga aku anggap semua kejutan tu macam lawak pun ada. Tetambah yang masa si aisyah masuk kereta dia tu.. Memang lucu tahap dewa tu..

Apa pun aku kasi cerita ni 4 bintang la.. Gud Job.

Enjoice...Sharing is power!!!

7 Comments:

  1. faiz said...
    cerita ni byk suspend sebenarnya..
    Mknace said...
    :) :) :)
    lebih ke triller la tu
    terbaeekkk!!!!
    NzA said...
    mcm best je crite nie....
    Farhah (applegreen) said...
    aik.cikgu buleh gelak? saye banyak tutop muke je tgk cte nih. tpi memang bnyk kejutan pon~huhu
    SaySay said...
    x sempat tgok abis..tp best! bleh buat org skit jntung XD
    Mknace said...
    :) :) :)
    memang lucu pun ada.. tak tau la
    .::: Princess MOMOY :::. said...
    suka pula momoy tgk ada icon 'proud to be Malaysian' tu
    Korang pernah main game ni?"
    Coupon makan-makan untuk korang"
    Comelnya HEMPEDU ULAR"

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin

Arkib Blog


 

Hakcipta terpelihara ©2007 mknaceulimited.blogspot.com
Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari blog ini.