Movie review - Haq (2011)

Klik untuk gambar yang lebih besar
Emmm.. susah jugak nak kasi.. overall 3 setengah ja kot
Filem Haq ni memang ada kelainan. Kisah si Haq yang ada power luar biasa sama macam bapak dia. Dari kecik dia rapat dengan sedara dia Bad, walau selalu kena buli; sampai la bapak si bad mati. Masa tu si bad ni dah berubah jadi jahat.

Pas kena lempang ngan mak dia, si bad ni lari dari rumah dan terus tak balik lagi. Si bad ni jadi taiko abis la. Jahat tahap setan tu. Dan setiap hari keinginan dia untuk bunuh ha ni makin menjadi-jadi. Dia tau si haq ni lagi terer dari dia, so dia bunuh orang yang rapat ngan haq dulu iaitu bapak si haq. Sorang demi sorang dia kejar sampai la dia yakin dia dah leh bunuh haq. Tapi nak buat camner, haq kan hero. Last kali dia bunuh si bad walau bapak dia suruh dia selamatkan si bad ni.

OK. Bagi aku cerita ni memang agak ok, ada pembaharuan untuk filem-filem melayu. Cuma faktor x tu semacam tarak. Jalan cerita just ok. Rasa cam.. kalau la ada filem pendekar laut kan.. tapi jauh lagi la nak sampai tahap gitu. Originaliti tu memang ada. Dari segi cgi, nampak ok tapi still lot more effort kena taruk. Nampak kaku sikit.

Dari segi skor muzik semua aku anggap a total failure. Rugi betul aku pasang speaker 10000w aku kekuat. tak sampai la beb. Ada certain-certain part.. sunyi sepi terus pun ada, yang dengar suara pelakon ja. potong beb. bgm pun macam tak membantu beri impak yang tepat.

Banyak persoalan bermain kat kepala semasa dan selepas menonton. Alia ni sapa lam keluarga diaorang. Pening aku mikir. Yang tau haq anggap dia adik. Tapi dia panggil bapak haq tuan aji dan mak bad mak lang. So, who are you. Kedua, camner si bad pun boleh ada super power nih. Masa kecik dia ada mintak bapak haq ajar dia, tapi bapak haq kata ni pemberian Allah. Turun ke Haq ja. Mushkil. Cukup la dua aku taruk. Overall aku kasi 3 bintang setengah. Boleh la. Hope.. cerita ni jadi pembuka untuk cerita cerita yang lebih super power..

Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP