Sabtu, 5 Februari 2011

Movie Review : Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)

Klik untuk gambar yang lebih besar
4 bintang. Memang best.
Memang best cerita sequel untuk Zombie Kampung Pisang nih. Two thumbs up untuk Mamat Khalid. Cayalah.

Cerita pasal Husin yang pulang semula ke kampung pisang lepas 3 tahun merantau ke Singapura. Balik ke rumah dia mula pelik pasal jiran dia kak limah yang asyik dengan muka pucat dan rambut mengerbang. Sampai la di kena kacau ngan kak limah sebelah malamnya.

Bila dia cerita ke orang kampung dia, semua pakat gi rumah kak limah untuk periksa dan mereka jumpa tengkorak manusia. Maka bermula la cerita sorang demi sorang kena kacau. Sampai la diaorang nak bakar rumah tu, barula keluar cerita sebenar di mana kak limah ni lari dari hospital bahagia. Dan terungkai la semua cerita.

Banyak yang aku tak leh tangkap. Kes kak limah, kes che nin. Cuma yang aku perasan ayu tu dah memang mati sebab dari awal dah si johan tu bercerita. Apa pun memang best cerita ni. Layann.. 4 bintang untuk movie nih.

Enjoice...Sharing is power!!!

6 komen: