Jom ke pejabat pos

Klik untuk gambar yang lebih besar
Sampul surat iqa yang kena rejek abis abis ngan aku
Kebetulan hari ni aku ambik cuti, maka dapat la bawak dedua balqis ni gi pejabat pos. Dari ahad lepas dia mintak aku poskan surat dia. Tapi aku memang nak dia rasa sendiri cemana kita pos surat tu. The best teacher is own experience maa..

So pagi ni kuar la kami ke pekan gelang patah. Dua misi. Satu cari sarapan. Dua pos surat. Misi pertama nampaknya samar-samar. Bukan setakat kedai cina, ngan gerai gerai biasa aku beli sarapan pun dah tutup. Pergghh.. Ini baru betul nak raya cina ni namanya.

So, kita setelkan misi pertama dulu. Langsung ke pejabat pos. Iqa tanya nak tekan yang mana, B ka C? Cuba baca, ada tulis setem tak. Tekan C. Aikk apasal cepat sangat kena panggil dia tanya. Biasa la.. setakat beli setem.

Lama tul tak beli setem nih. Ye lah. Dah lama tak anto surat. Semua elektronik ja. Tak SMS, emel. Mana nak tengok setem lagi. Tanya setem berapa paling murah. Enam posen tuh.. Perghh.. Last aku beli dulu masa masih tiga posen. La ni dan enam posen. Belasah ja la. Pastu ajak iqa gi tampal setem kat surat dia. Ni sampul surat baru. Yang lama macam yang aku letak kat atas tuh. Berterabur nulis hahaha.. Nak masuk peraduan tu.. Dah tu masukkan lam box. Suka dedua balqis.

Now. Seken misi kena jalan gak. Last last aku gi beli mee udang kat tiram duku. Alang alang nak makan mee, belasah the best terus ajer kan. Tiga kali iqa ngan inaz tambah kau>>>>



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tengok la nombor kami.. hahaha.. masuk, tekan, terus ke kaunter

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
setem termurah zaman iqa.. kalau zaman aku dulu, masa memula abah bawak aku gi pejabat pos.. setem lima duit pun ada lagi.. tapi orang biasa beli setem sekupang..

Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

sahromnasrudin berkata…
gelang patah tak banjir ke???alhamdulillah la kalau cenggitu huhuhuhu...
mknace unlimited berkata…
:) :) :)
area berkemungkinan.. kg. pulai. yang lain insyaAllah ok
terbaeekkk!!!!

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP