Kena MC 2 hari

Klik untuk gambar yang lebih besar
Dah berbandage kaki aku nih. Huhuhu..
Pagi ni aku rasa sangat sakit kaki aku nih. Maybe pasal aku bawak iqa mendaftar semalam. Ingat tak aku kena panjat bangunan 3 tingkat untuk daftar sekolah agama dia. Aduhai.. Tengok kaki pun dah tambah bengkak lagi.

Nak tak nak kuar la aku ke klinik pagi ni. Sakit weii berbanding semalam. Pergi Poliklinik, masih lum masuk doktor dia. Pergi Puteriajelah.. aku sakit ni weii.. Sekali jumpa doktor dia, main tekan tekan dengan gembira la pulak. Saja la tu. Dia nak kasi injek. Aku kata taknak la. Kasi pil ja dah cukup. Tak kisah la katanya, yang penting jangan banyak berjalan lam 3 hari ni. Makan ubat dan rehat. Dua hari MC dia kasi. Bagus jugak, pasal aku memang tak yakin lagi nak mengharung jem ke JB esok sebenarnya.

ps : Tapi esok penting bangat tu untuk aku dan guru data sebenarnya. Pening pening.. Yang pasti aku kena rehat dulu>>>>



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Set lengkap untuk kaki aku.. flanil lagi...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
ubat urat..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
ubat saraf la pulak.. aku dok pikir yang mana urat, tang mana saraf

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni cam biasa mesti ada..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Surat cuti la pulak.. adoiii.. esok hari penting tu..

Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

Farhah berkata…
heh.cikgu, bengkak apekah? ke ade gout? rajen2 makan ubat and jage makan ye!
mknace unlimited berkata…
Jangan sebut tu.. cikgu terjatuh atas besi buai. Tu yang jadi cenggitu tu..
Farhah berkata…
wahh. terjatuh atas besi buai. sungguh bapa mithali. hehehe!semoga cepat sehat~

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied