Latest Entry

mknace unlimited | the colours of life

Ahad yang tenang

Klik untuk gambar yang lebih besar
Sepanjang hari dilimpahi rahmat Tuhan
Hari ni, sepanjang hari hujan turun membasahi bumi. Sejuk jangan cerita la. Dah berapa hari dah asyik berkot aje sepanjang hari. Dah tak tahan dah nak dok lam pejabat yang memang on air cond 24 jam. Mana taknya, bilik aku cam dulu la jugak, sekali ngan server. Ada bagus, ada tak bagus. Time musim hujan ni, tahan sejuk aje la.

Pagi ahad ni gi klinik gigi. Nenek Johor nak cabut gigi. Iqa ngan adik ikut sekali. Dah berperang. Memang pantang dedua ni bersama. Masuk ja doktor tak sampai lagi. Kuar beli makan dulu dan balik rumah. Masa ni dapat mesej dari kampung. Che Su dah meninggal. Innalillah...

Lam kul 10.30 kuar balik gi klinik. Tunggu jap pastu terus masuk. Kena lam RM50. OK la tu kan. Sambung hujan lagi. Dah bertambah lebat. Camner la keadaan di Tenang ketika ni kan.

Cerita pasal tenang nih, memang sedih la pulak aku nengokkan. Banyak sangat propaganda kuar. Segala pekong semua keluar. Apa nak jadi. Kalau dulu semua menolak untuk jadi pemimpin. La ni.. semua nak; yang tak best, kempen memburukkan lawan la pulak yang menjadi-jadi. Si A kutuk B, si B kutuk A. Pelik kan dunia nih. Tapi yang nak bukak cerita pun study la bebetul sebelum bukak cerita tuh. Kekadang tak betul pun. Kan sendiri dah malu. Apa pun all the best la pada kedua calon. Tak kisah la sapa yang menang. Yang penting, tanggungjawab yang dah tersandang di bahu tu, tolong tolong la buat kan.

Enjoice...Sharing is power!!!

3 Comments:

  1. fiz mr.beloved said...
    Hujan itu rahmat..
    fikryn said...
    Iyalah.. org politik ni kadangkala dia punya mengata lawan dia tu mcm lepas ni dah tak akan jumpa lagi pulak. Kalau kutuk yg betul tu apa la jugak. Lg satu mengutuk yg ada kaitan dgn agama.. yg tak pandai hal agama pun nak bagi hukum. Itulah politik, semua boleh jadi.

    Aku kesian tengok yg mereka yg kena bah tu.. rasa mcm nak tolong jer, tp belum mampu nak tolong. Tak pe aku tolong doakan semoga semua cepat kembali normal..amin.
    Mknace said...
    :) :) :)
    alhamdulillah. jb semakin pulih
    terbaeekkk!!!!

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin

Arkib Blog


 

Hakcipta terpelihara ©2007 mknaceulimited.blogspot.com
Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari blog ini.