Latest Entry

mknace unlimited | the colours of life

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarKebetulan ada sikit masa dipagi ni. Sempat la baca emel jap; banyak yang dah bersawang pun.. Kebetulan ada emel dari jabatan. So kena la nengok. Baru ajer nak sign out, masuk lak satu emel dari senior.. kira masih berasap lagi la ni.. layan jap. Menarik jugak untuk dihayati bersama. So, aku paste jer kat sini..

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus-terang.
"Mengapa?" balas saya.

"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja."
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"
Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
"Oh ramai encik..."
"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"

::Klik untuk cerita penuh::



Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
"Kakak, boleh saya bertanya?"

"Tanyalah encik..." ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"
Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik... tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran..." kata saya perlahan. Hampir berbisik.
"Maksud encik?"
"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."
"Tidak pernah saya terfikir begitu encik..."
"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."
"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"
"Maksud kakak?"

"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"
"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita..."
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"
Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."
"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?'
"Pasti ada! Insya-Allah."

"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita... Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."
"Subhanallah!"
"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."

"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"
"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."
"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi."
"Maksud encik?"

"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting... hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."
"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"
Giliran saya pula tersenyum.
"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja... pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back... Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.

"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"
"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "ceo", kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan..."
"Maksud encik?"
"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."
"Kenapa?"
"Kita akan sakit jiwa!"
"Kenapa?"

"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
"Tetapi Allah tidak berhenti memberi... " kata kakak itu perlahan.
"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi... Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"
"Ah, kita terlalu ego..."

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan... orang ikhlas tertindas?

Enjoice...Sharing is power!!!
Klik untuk cerita penuh : ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarPagi ni awal lagi aku dah kena kuar. Target : Kampung Pok. Kena jadi wakil PPD ke sini. Ada program jelajah Misti.. Pakebender misti tu? Misti tu singkatan kepada minggu sains, teknologi dan ict negeri johor.. last buat kat persada tahun 2007. Memang menarik. Tahun ni dia akan buat sekali lagi kat persada pada 22-27 Jun ni. Jangan lupa pergi sana nanti.

Antara lain tujuan jelajah ni dibuat kat kawasan rural ni, adalah untuk menarik minat penduduk2 kat kawasan yang agak jauh dari dunia luar nih; dan jugak nak test liputan broadband di sini. Apa yang pasti aku nyer digi memang takde line tenet.. dua kali aku check ngan tok penghulu tadi.

Apa pun aku agak janggal dan terasa hilang kebebasan sikit hari ni. Ye lah.. Aku memang dah terbiasa ngan field work. Setakat amik gambo tu dah jadi asam garam. Tetiba hari ni kena duduk ngan vip.. aduhhh.. serba tak kena rasanya. Apa pun memang enjoy program hari ni. Cuma urusetia kena murnikan sikit video presentation diaorang tu.. Tak berapa sesuai dengan sasaran, disamping.. terlalu panjang.. Yang lain semua ok..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

::Klik untuk cerita penuh::



Apa-apa pun.. hari ni memang aku tak dapat mengambil gambar dengan baik.. Mana nak kontrol hensem, mana nak amik gambo.. Apa yang ada tu harap berpuas hati jer lah ye.. sowwii.. Tunggu gambo dari blog cha untuk lebih gembira.. jeles lak nengok dia selamba badak dok sana.. loncat sini amik gambo.. hahahaha...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Aku snap ni bukan tanpa sebab.. Mana lah tahu aku lupa nama program ni nanti kan.. hahaha

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Haa... tempat dia sebelah sekolah ni.. sekolah yang ada sikit dosa ngan aku.. kes nkra

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Semua dah kumpul kat luar nunggu kehadiran DO dan YBM Tunku Zahrah

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Siap ada persembahan silat tu.. marbeles..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Bacaan doa oleh imam kampung pok.. tak ingat nama dia

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Ucapan aluan YBM Tunku Zahrah.. camna la diaorang leh tak perasan laptop tu tak tutup.. adoohaii..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Ucapan perasmian tuan DO.. sib baik dah perasan pasal laptop tu kat sini..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Wakil SKMM..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Haaa.. sibuk dok membetul sana dan sini.. untuk penerangan dan penyampaian hadiah dari unit ict

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Kandid YBM Tunku Zahrah

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Penyampaian hadiah pada pemenang

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Aku amik gambo bebudak ni jer

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Nak nengok yang lelain tunggu si cha hapdet blog dia

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Balik singgah jap ker gerai mee udang.. nak tapau kasi orang kat rumah

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Semua kat sini content utama dia udang..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Penuh orang kat sini..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Henpon aku yang sekali lagi kat silent mode.. hahaha.. sowwi sesapa yang call tadi..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Perghhh.. bebudak ni siap kenduri besar kat sini ngan famili dia..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Dah.. jom balik.. Aku tapau 2 mee goreng udang, 1 mihun sup udang, 1 mee bandung udang.. kos.. RM14.. satu RM3.50.. udang banyak gilesss..

::Nak tau lebih pasal misti::

Enjoice...Sharing is power!!!
Klik untuk cerita penuh : Jelajah Misti & Komuniti Broadband Johor 2010 : Destination Kampung Pok

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarNi sebenarnya aktiviti Ahad lepas. Tapi biasa la.. aku pun dah makin nak menyawangkan aku nyer blog ni.. Dari hapdet hari-hari.. La ni dah sampai tahap hapdet hujung minggu la pulak. Keadaan semasa semacam tak mengizinkan lagi aku aktif cam dedulu. Masa seharian cam air jer..

Berbalik bab melantak jambu air nih. Iqa ngan adik terkedek-kedek kat bawah pokok ni dok kutip jambu. Apa barang.. Yang tinggi-tinggi tu diaorang tak sampai.. Aku terus jer la nolong. Last-last sampai sebakul.. Cam tak ingat donia pun ada. hahahaha.. Yang bebetul makan.. sepinggan jer..

::Klik untuk cerita penuh::



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Memula iqa jer yang jadi otai pengumpul jambu. Setakat iqa mana sampai yang tingi-tinggi nu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Dah aku take over.. ngan amik gambo sekali tu...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Haaa.. kan banyak dapat.. pastu terus dah tak amik gambo lagi dah.. sibuk mengutip jer.. hahaha

Enjoice...Sharing is power!!!
Klik untuk cerita penuh : Jom melantak jambu air

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Sekejap jer.. Umur aku pun tak dapat nak kejor lagi. Rupanya dah tahun keempat puluh manusia di dunia ni menyambut hari bumi. Nak tahu lebih klik sini.

ps : Sebenornya google pakai header ni semalam.. Tapi aku tak sempat nak hapdet web.. sibuk ngan nkra jer.. hihihi

Enjoice...Sharing is power!!!
Klik untuk cerita penuh : Google's Header : 40th Anniversary of Earth Day

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Semalam google letak earth day, hari ni pasal hubble teleskop lak. Apa kebendernyer hubble ni.. Kalau nak tahu lebih gi ler ker wikipedia..

Enjoice...Sharing is power!!!
Klik untuk cerita penuh : Google's Header : 20th Anniversary of Hubble Telescope Launch by Nasa

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarDah lama dah ariel 4 tingkat aku ni terbalik. Tapi pasal takde tangga masa tu la.. Terus tak naikkan balik. Pastu kes takde masa la pulak. Pagi ni macam best lak untuk tegakkan semula ariel 4 tingkat aku yang terbalik lepas ribut lama dulu..

Ambik tangga.. ucu yang naik. Pastu aku naik dan kait jer turun ke bawah.. Dah tinggal lagi dua tingkat, ucu take over. Besi penyokong memang dah patah tiga. Pergghh.. giler.. pastu ucu gi beli besi baru yang lebih kuat. Masalah dia.. camner nak pasang balik. Memang berat giler.. mana taknya.. ariel ada 4 tingkat.. memang untuk aku amik channel singapore dan indon. Last-last taruk jer ler kat atas bumbung melintang jer cenggitu. Of coz la dah alih-alih ariel ke semua arah dulu kan.. Test kat tv... yeaayyy.. dah dapat tengok tube.. iqa ngan inaz la yang paling gumbira. tube ni cam disney channel kat astro tu.. yippeee..





©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar



Enjoice...Sharing is power!!!
Klik untuk cerita penuh : Operasi : Ariel 4 tingkat

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarPagi Sabtu ni bawak la bebudak ni kuar main ke taman permainan. Aku bawak gi taman kat taman nusantara jer. Tapi banyak lak demand bebudak ni.. nak gi hutan bandar.. aku cakap.. bebudak lain nak kuar main yang dekat-dekat ni pun susah. Cuba bersyukur sikit. Tapi dedua cam tak puas hati. Tapi main jugak. Tak sampai lima minit dedua nak buang air kecik.. Haaa.. tu la.. Tuhan marah kalau orang tu tak tau bersyukur. Pas tu terus kami balik rumah jer. Tapi dedua memang dapat pengajaran betul hari ni. Dapat main 5 minit jer. Aku pun tak suka jugak sebab sekeping jer gambo yang bebetul aku ambik.. yang dedua tu, paham-paham jer la sendiri

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar








Enjoice...Sharing is power!!!
Klik untuk cerita penuh : Taman Permainan Taman Nusantara

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarAsyik nak berkepit jer ngan mama dia. Minum susu, tidur berdakap, minum susu, tidur berdakap. Pagi ni sesaja bagi dia susu botol sikit, pas dah tidur letak lam katil dia. Sekali dia dah sedar. Pantang takde orang dakap.. Mesti menjerit punya. Aku sesaja amik kamera. Amik gambo dia.. tapi tak lama la. Sempat la amik gambo dia walau over expose gitu. Takpa, jerit-jerit tu kan eksesais jantung dia..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar








Enjoice...Sharing is power!!!
Klik untuk cerita penuh : Sesaja sakat Ziqri

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarDah download driver bunyi yang betul. Dah install. Tapi masih tak bunyi. Jenuh gak aku cari penyelesaian. Tapi laptop hp mini aku ni masih tak bunyi jugak. Sangat pelik. Sama cam laptop memember yang diinstall. Semalam, kebetulan aku ada masa yang terluang; aku habiskan malam aku dengan mencari penyelesaian sebenar kenapa kebanyakan laptop yang diinstall dengan windows xp professional tak boleh diinstall sound driver dia ngan senang. Tapi ni lebih kepada laptop hp mini aku ni la.

Sampai tertido cari solution. Segala forum aku redah, sampaila aku terborak ngan sorang mamat nih. Dan terjawab la segala persoalan. Sebabnya aku tak serajin mamat ni. Dia tukar sistem dari xp home jadik xp professional. Pasal tak bunyi dia tukar balik xp home. Masa tu baru dia perasan sesuatu. Sound driver, khasnya HP punya memang depend pada Microsoft UAA Bus Driver for High Definition Audio atau singkatan dia UAA. Biasanya bila install dari CD installer ehem-ehem.. mender nih takde bersama. Tu sebab kekadang bila buat window update bunyi dapat didengar la pulak. sebabnya UAA diinstall pastu. Tapi jarang orang dapat cenggitu dah la ni. So aku pung cari la updater khas untuk UAA jer.. Korang leh la donlod dari link kat bawah nih.. Apa yang best.. lepas selesai jer install terus windows aku pun berbunyi lepas direstart semula. Yippeee.. Masalah tu jer rupanya..

Klik untuk MSUAA untuk sp2

Klik untuk MSUAA untuk sp3


ps : Kesimpulannya.. belilah yang original.. hahahaha..








Enjoice...Sharing is power!!!
Klik untuk cerita penuh : Sound driver tak berfungsi???

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarWaaa.. jangan salah sangka. Bukan pisau ni yang mak yang kasi. Mak yang kasi iq 3d puzzle yang dari kayu tu. masalahnya.. mak yang beli yang cina mari punya. So, keluarla pisau pemotong aku yang dah lama aku simpan dari pandangan semua ni. Semua nganga.. waaa.. best aaa pisau abah. Ada yang leh potong garis, yang bulat. memacam la.. betul la.. ni antara habit aku dulu.. ukir kayu.. kicik-kicik jer.. pastu dah kerja malas nak ukir.. simpan dulu, sampai aku gila pasang gundam.. keluar la balik pisau ni. pasal aku potong pakai pisau ni.. dah jadi serbaguna lak pisau ni..

Lagi satu yang best pasal gambo ni adalah ... jeng jeng jeng.. nampak tak logo camel throphy tu.. ha.. tu datangnya dari pelindung tali boot camel yang pertama aku beli ngan duit gaji first aku. Kasut dia dah barai dah tahun 2002.. yang aku simpan hanyalah logo tu jer.. bukti aku memang pemakai boot tegar sejak dari aku mula masuk u lagi.. Walau memula aku pakai caterpillar, pastu dr. cardin, tapi camel memang sedap la. tu yang agak sedih sikit pasal tetiba dah tak kuar lagi dah boot camel kaler hitam yang memenuhi citarasa aku.. huhuhu..

Lamanya aku bebel.. hahahaha.. jom kita nengok sesi-sesi iqa dan inaz memasang 3d iq puzzle nih.. Sampai la aku ngan ucu takeover dan sampai la kami fedup ngan salah satu dari empat puzzle yang mak yang kasi.. ukuran tak sama beb..

::Klik untuk cerita penuh::





Sesi pemasangan sendiri oleh iqa dan inaz..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Ucu dah take over inaz punya..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Pasal apa aku rasa macam kecik jer bender nih.. (sambil mula mengikis-ngikis kayu-kayu yang tak terpakai)

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Ucu masih bersemangat dan berjaya menyudahkan airplane inaz, manakala aku semakin liar mengikis, memotong, malahan membuat lobang-lobang baru sendiri. hahahaha.. and lastly... giveup.. sebenarnya ucu yang giveup dulu, baru aku take over hahahaha

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar



Enjoice...Sharing is power!!!
Klik untuk cerita penuh : Hadiah Mak Yang

Blog Widget by LinkWithin

Arkib Blog


 

Hakcipta terpelihara ©2007 mknaceulimited.blogspot.com
Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari blog ini.