Aktiviti malam penentuan
Tarikh : 8 September 2010
Masa : 9.30 malam
Tempat : Merata tempat di Baling
Mood : Merayap
Malam ni ada pengumuman dari penyimpan mohor besar raja-raja. Tapi sorang pun tak ingat. Maybe pasal sibuk ngan kenduri tadi, keduanya; pasal dah hilang thrill dah sekarang ni. Nampak tak nampak anak bulan pun, sebenarnya kiraan dah buat.
Malam ni aku main starcraft 2. Abis la.. Hantu game disogokkan game. Hancus.. Tapi grafik dan effect memang excellent habis. Try la. Pastu kuar gi merayau keliling pekan baling. Memula merayap cari stok. Seken merayap nengok kampung orang. Haram tak nampak meriahnya pelita raya. Gelap gelita ja..
Balik, sambung main mercun la pulak. Apa slack dia. Kami main bawah lampu jalan. Bila amik gambo, lampu jalan lagi terang. Habis tak syok amik gambo..
Klik untuk cerita penuh
Dah terpacak balik main starcraft 2
Grafik ngan effect memang giler
Sudah sudah la tu brader
Kuar jap cari pasal
Merayap cari stok ka cari mercun ka
Mana nak pi ni
Wah sheah jugak jadi tumpuan
Apa yang dia juai nih
Oooo.. yang macam lastik paksu beli tu
Kualiti rendah sikit.. belasah jer
Nak cari hantaran ka ni
Belasah jangan tak belasah
Aloo tokeii.. senyum manyak panjang haaa
Dah.. jom minum dulu
Melantak eskrem la pulak
Paksu pun sama
Janji rock beb
Iqa memang suka eskrem mango nih
Mak yang pun sama
Abah tak kuar lagi.. kita belasah minum pulak
Sila la minum air tu
Iqa ngan limau ais macam biasa
Boleh tido terlekat cenggitu
Nak tengok wayang ka ni
Pakat nak tengok bunga api.. apasal pak cik lari laju sangat ni
Dah start dah..
Tinggi jugak dia naik..
Aku langsung tak bajet cenggini
Tu pasal gambo pelik jer jadi
Nampak cahaya kuning yang bergemerlapan tu
Tu nama dia lampu jalan
Habis punah gambo
Ni nama dia melihat lampu jalan bersama letusan mercun
Main jer la lastik cahaya tadi tu
Sebelum tido, minum eno dulu.. Perut aku penuh angin la pulak..
Enjoice...Sharing is power!!!
Ulasan
RAYA PERTAMA – 5 pengomen pertama dapat duit raya RM XX
RAYA KEDUA – 5 pengomen pertama dapat voucher JUSCO
RAYA KETIGA – 5 pengomen pertama dapat voucher JUSCO