Gamma Ray

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Photo courtesy of beyondtheblackhole.blogspot.com

Lepas meeting pagi jemaat, aku layan balik kerja aku; kemaskini fail. Sesambil tu aku play jer semua lagu yang ada lam pc aku nih. Layan sikit beb. Tetiba aku tersentak jap.. Aik.. Ni macam lagu aku nih.. 18 years - Gamma Ray punya lagu. Camner lagu aku ni pun leh ada lam pc ni pulak ni. Pelik pun ada. Terus aku browse semua lagu yang ada. Lagu yang apek nyanyi kat astro pun ada. Aku tahu pasal antara hobi aku dulu extract lagu dari pelbagai sumber, dari kaset la, dari astro la.. Sahih ni iskandar sedut dari external aku satu ketika dulu.

Last-last terus la aku layan lagu gamma ray jer pagi ni. Gasak la. Power metal beb. Gamma Ray ni memang band power metal. Power metal ni gabungan antara metal ortodoks ngan speed metal. So kalau nak tau lebih pasal power metal nih korang leh wiki jer cari.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarLagu 18 years ni adalah lagu yang paling suka lam kaset gamma ray yang si faez kasik kat aku masa lepas SPM jaman dedulu. Masa tu memang aku ingat lagi. Bukan setakat metal, speed metal malah black metal pun kitaorang layan sambil study. Teringat study kat blok c sambil layan black metal. Tak dengar apa pun selain vocalist dok menjerit warghh warghh.. bengong tul..

Ni aku past gambo band gamma ray. Mana la tau kalau korang nak layan kan..

Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP