Jemaat di Masjid Jamek Gelang Patah

©2010mknaceunlimitedLama betul tak semayang kat masjid gelang patah ni. Sejak iqa masuk sekolah ni, memang hari jemaat jer mesti semayang kat masjid perwira. So, memang dah lama tul tak semayang kat sini.Sekali tengok gelanggang futsal pun dah fully operational dah kat sebelah semejid ni. Cenggitu la jugak dengan gerai depan gelanggang tu. Waaa.. kagum, kagum..

Masa masuk tu terperasan la pulak pasal sambutan maal hijrah kat masjid ni. 28 Februari pukul 8 pagi.. Hari Ahad tu.. Hmmm.. nak join ke tak yee.. Takpe, ada seminggu lagi untuk pikio..

Pastu masuk lak lam semejid. Dah besar dah masjid ni. Dulu masa mula-mula datang sini kecik jer.. Pastu orang pun makin ramai. Dia besarkan kiri dan kanan. Pastu dia besarkan belakang. Pastu tambah dinding kat belakang. Pastu tebuk pintu dari belakang. Dah jadi satu semejid yang ngam untuk orang gelang patah. Yang terbaru, dah bukak satu lagi masjid baru kat nusa perintis. Ye lah.. orang dah makin ramai. Nanti bila nusajaya dah fully occupied mesti lagi ramai kan.. Terpandang satu billboard kat pintu utama.. Dirasmikan oleh Mahathir bin Mohamad.. 28 Ogos 1987.. Peerrgghh.. memang lama gak la usia masjid ni.. Aku masih di sekolah rendah ketika itu..

ps : Yang paling best.. rupa-rupanya masjid ni aku tak pernah dokumentasikannya.. nanti ye masjid.. ni pun pakai gambo masa semayang raya tahun lepas..



Ulasan

salam singgah....alhamdullillah...anda berjaya menunaikan jumaat...
Tanpa Nama berkata…
hah??semejid??ker mesejid??ngeh3 ;p

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Jelly Beans

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016