Cuti rehat di hari pertama

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarWah.. wah.. wah.. tajuk yang macam best kan. Orang lain semua dah naik coti, engkau sedap-sedap jer ambik cuti rehat ya. Sungguh gembira hati kao ya? Sebenarnya tak. Memang nak tak nak aku mesti settlekan masalah Syafinaz ni. Sian dia. Dah dekat seminggu badan dia tak sihat. Sabtu lepas merupakan dia punya kemuncak la. Kalau korang baca entry2 terdahulu mesti korang tau.

So, bangun pagi; siapkan iqa, pastu terus gi sekolah dulu. Aku nyer henpon dah kong dan banyak benda yang memang aku kena settlekan dulu sebelum aku ambik cuti. Kelakar. Pasal aku rasa dari dulu, ambik tak ambik cuti rehat ni, aku mesti gi jugak tempat kerja. Bak kata boss aku dulu, baik ko takyah ambik jer cuti tu, datang kerja pun bukannya mengajar pun, jaga server jer. Ye lah.. Tapi.. tapi.. tu yang susah nak cakap tu. Bila aku buat sesuatu aku nakkan yang perfect. Even kalau aku sakit pun aku pastikan ianya ditinggalkan dalam keadaan perfect.

Melalut la pulak. Berbalik kes tadi. Settle jer sumer, terus aku balik rumah. Siapkan Syafinaz, terus keluar gi klinik..

::Klik untuk cerita penuh::


Sampai jer klinik.. Waaa... manyak lamai la orang ini hali.. Terus amik nombot. Aiyaa.. wa nombor enam maaa... Yang ramai tu just bawak kawan dia kot.. Cam hantar anak masuk asrama tu. Satu van datang.. Pastu misi tu cakap doktor masuk lambat sikit pagi ni, gi la minum dulu.

Tanya adik, nak minum tak.
Nakk.. Adik nak roti canai..

Sudah.. jangan muntah dah lepas tu.. Pergi makan. Sesambl tu tengok jer dia. Dua cubit jer dia makan. Pastu baring atas meja. Aku terus jer la balik ke klinik. Dah nombor 4 dah.. Sib baik.. Orang dah ramai giler.. Sampai giliran aku masuk. Doktor tengokkan adik. Pastu dia sumbat ubat muntah lam bontot. Lagi besar dari itu hari.
Petang ni kalau masih sama, kena refer ke GH. Alamak.. Alhamdulillah.. adik takde pape dah. Minum ubat pun dah tak muntah lagi..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni la ubat-ubat iqa dan inaz untuk sepanjang cuti seminggu ni. Korang agak la, apa aktiviti aku sepanjang cuti tu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sian bebudak tu, sama la dengan mama dia. Sepanjang cuti uzur.. Sib baik aku masih sihat untuk menjengok-jengok keadaan diaorang..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah leh wat koleksi dah picagari ni. Mau kicik ka busat ka.. suma ala maa...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016