
Kengkononnya nak hapdet setiap malam. Sekali bermacam-macam masalah yang timbul. So masa banyak dihabiskan untuk betulkan balik bug jer. Penat weh.. Lepas satu, satu.. Huhuhuhu.. Internet pun ada kat bilik mesyuarat jer. Hampeh tul. Nama jer sebelah loyat. Esok nak balik JB la pulak. Apa macam ni.
Label: mesyuarat, sbp, verifikasi data

Huh. Kena turun enjin lagi motor aku ni. Ucu dah tak pueh hati bawa. Katanya tak best aaa.. semput lagi lak tu. So bawak lagi motor gi kedai. Habih terbarai. Rasanya baru lagi tahun lepas bawak gi overhaul motor ni. Ni belasah lagi.. Apa yang penting.. dapat amik gambo enjin lagi. Hahahaha

Apa lagi nak bawak haaa.. Malas betul rasa nak berkemas ni. Main campak-campak jer masuk beg. Ala, bukan lama sangat pun; 3 hari jer. Campur tolak lam 2 hari jer jangkamasa mesyuarat tu kan.
Banyak gak benda yang bermain kat kepala. Antaranya.. nak bawak kamera ke tak nak? nak bawak ubat batuk ke tak nak? Memacam ler. Pergi jer ler. Bawak jer lebih kurang. Bodoh-bodoh pun esok campak ajer yang tak sempat nak pack masuk keter jer.

Hish.. makin lemau la pulak laptop ni. Bukannya apa, harddisk dah full. Mana taknya, dengan foto yang ntah baper banyak, fail PSD lagi, pastu aku pun tersilap save ke C drive plak tu semalam. Berejam ler aku mengadap laptop ni. Aku perasan pun dah lambat sangat. Apapun inilah semua foto yang akan dicuci nanti. Tang warna senang jer, Ah Liang, kaler kasi adjust aaa masa print!!! Hehehe.. Tapi rasanya balik KL baru leh anto ni. Lembab tul la aku hari ni
Label: class photo, sktta

Sekali lepas habis kelas, teringat janji nak amik gambo bebudak tahun 6 untuk wat banner. Faris kumpulkan bebudak, terus aku aturkan and snap. Bebudak bising pasal paas. Yang tukang ambik gambo ni pun panas taknak kira ka. Memula amik ala-ala formal la gegitu.


Pas amik lam 2-3 snap, aku cakap jer; semua free style.. habis semua bersorak. Aku pun apa lagi. Tekan ajer ler kamera tu.

Dah settle semua, terus bertapa lam makmal settlekan bebenda sebelum bertolak ke JB.. Hmmmm.. apalagi yang aku belum settlekan ye..?
Label: group photo, tahun 6

Hari ni takde mood betul. Ntah pasal apa ntah. Sekali masa dok sarapan pagi kat kantin. Kak Milah panggil. Nanti naik pejabat, ada faks. Mesti pasal gi KL ni. Apa-apa la. Masa naik tengok pekerja dok pasang mozek dah sampai luar pejabat dah. Boleh tahan gak la, bagi aku la. Tengok surat, sahih kena gak gi KL ler ni. Pening gak pala hotak ni jap. Dengan Sabtu ni APC PPDJB, start Senin JPN dah mula kursus HRMIS kat makmal komputer sekolah aku.
Banyak gak yang belum setel. Suruh Dila call En. Edi (betul ke aku eja) pasal site survey, bila nak turun. Dah lewat dah ni. Lagi berapa hari lak tu. Penin pala nak memikir. Tu lum kira pasal makan minum peserta kursus lagi tu.
Label: group photo, hrmis, makmal, Naiktaraf, pejabat sekolah

Baru dapat call tadi dari Bain. Dapat surat tak. Entah, aku tak check pun lagi kat pejabat. Ye ker. Baru nak turun dari kelas dapat call lagi. Iskandar lak yang telefon. Rol, ko free tak hujung minggu ni. Pasal apa. APC hari Sabtu la. Ye ke. Aku maybe kat KL, tu pun kalau ada surat la. Ye ke. Tu antara perbualan aku hari ni. Tu yang bini aku selalu cakap tu. Masa aku kat SBP itu hari pun tak sesibuk cam masa aku dah kat sekolah biasa kat JB ni. Apa-apa la. Masa dalam perjalanan balik ke Makmal, kak Mahdalena lak panggil. Sabtu ni free tak. Tak tau nak cakap la kak.. Ada program untuk tahun 6. Tengok la macam mana keadaannya.


Label: class photo, gerak gempur, tahun 6

Tarikh : 27 Julai 2009
Masa : 7.50 pagi
Tempat : Dataran Kejat
Slideshow

Lepas balik dari ambik gambar petang tadi, sempat lagi gi ke Jusco. Masa balik atuk tanya nak makan ke minum ke kat mana. Nenek terus je nyampuk. Jom pergi karaoke dekat sungai tu. Jom ler. Semalam kitaorang makan besar kat depan sungai tu. Asyik dok dengar orang lain jer melalak. Hari ni nenek nak Iqa lak nyanyi kat situ.
Sesampai jer terus Iqa pilih 3 lagu. Tunggu sampai DJ sampai. Terus dia panggil nama Iqa. Iqa terus jer layan nyanyi. Adik dok belakang Iqa. Leh tahan suara Iqa. Ramai yang suka dan puji. Pas Iqa dah settle 3 lagu tu. Terus balik. Salah satu sebab adalah tak tahan dengor suara lepas tu.

Norhaslinda & Shahrul
26 Julai 2009 | 4.30 petang | Masjid Sultan Abu Bakar,Johor Bahru
Foto montaj
Label: jobs, johor, johor bahru, nikah, Norhaslinda, Shahrul

Waaaa... Apasal lain macam lak duit yang kuar kat ATM ni.. Dulu memang dah ada ura-ura nak kuarkan duit RM50 baru, tapi dah lama dah kan, so bila tetiba keluar duit baru ni terkejut gak la kan. Tapi pelik. Pasal mesin deposit masih takleh proses duit baru ni. So, apasal dikeluarkan gak. Menyusahkan orang jer kan. Bila serah kat mama duit ni pun dia terkejut gak. Apasal abang bagi duit RM1 banyak sangat ni. Tengok betul-betul. La duit baru ka... Apa ciri-ciri dia..
Pandangan belakang

Ciri keselamatan bagi reka bentuk baharu wang kertas RM50 yang dipertingkatkan ialah:
Benang Keselamatan Dengan Warna Berubah-ubah yang tertanam di dalam kertas menggantikan benang keselamatan yang sedia ada. Benang ini kelihatan seperti garis putus-putus yang berwarna pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan pada cahaya, benang ini akan kelihatan seperti garis lurus kehitam-hitaman dan teks BNM RM50 yang berulang-ulang jelas kelihatan. Apabila wang kertas ini disengetkan, warna benang keselamatan ini akan bertukar daripada merah kepada hijau, dan sebaliknya.
Apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu, teks BNM RM50 yang berulang-ulang ini akan berkilau kuning, manakala benang keselamatan akan kelihatan seperti garis lurus berkilau kuning apabila wang kertas ini dilihat dari hadapan.
Unsur Cahaya Pendarfluor Dua Warna merupakan ciri cetakan limunan tambahan pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan di bawah cahaya ultraungu, reka bentuk kompleks dua warna angka 50 akan berkilau.
Ciri keselamatan sedia ada yang direka untuk orang ramai membuat semakan kekal seperti yang berikut:
Potret Tera Air dapat dikenal pasti melalui pancaran imej warna yang lebih muda atau gelap berbanding dengan warna kertas sekitarnya. Potret tera air ini yang memberi kesan tiga dimensi kelihatan tanpa garis-garis yang jelas. Pada bahagian bawah potret tera air ini angka 50 dapat dilihat dengan jelas.
Tanda Pandang Telus memaparkan corak songket pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas apabila wang kertas ini diletakkan pada cahaya.
Unsur Cahaya Pendarfluor Limunan pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas akan berkilau dalam warna yang berbeza-beza apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu.
Huruf Mikro "BNM RM50" yang dapat dilihat di bawah kanta pembesar.
Jalur Holografik memaparkan angka 50 dan juga bunga raya.
Imej Pendam Pelbagai Warna dengan angka 50 dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan sedikit dan bertukar warna apabila kedudukan wang kertas tersebut dipusingkan.
Ciri Anti Pengimbas menyebabkan beberapa reka bentuk tertentu tidak boleh diimbas oleh mesin pengimbas.
Ciri Braille untuk orang yang cacat penglihatan.
Wang kertas RM50 baharu ini menggabungkan pelbagai ciri keselamatan yang moden dan inovatif dengan tujuan utamanya adalah untuk menghalang cubaan pemalsuan. Orang ramai dinasihati supaya mengambil perhatian terhadap ciri keselamatan dan reka bentuk yang dinyatakan di atas. Siri reka bentuk wang kertas RM50 yang sedia ada akan terus sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama-sama wang kertas baharu RM50 ini sehingga ia dikeluarkan dari edaran secara berperingkat-peringkat. Had masa bagi tempoh edaran bersama ini tidak ditetapkan.
Klik untuk maklumat lanjut
Pertandingan Robotik Kebangsaan peringkat Negeri Johor
1 komen Ditulis oleh Mknace at Jumaat, Julai 24, 2009

Pertandingan Robotik Kebangsaan peringkat Negeri Johor (Zon H) 2009
Tarikh : 23 Julai 2009
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Tanjung Puteri Golf Resort
Taklimat ketua pasukan

Pembinaan robot

Persiapan peserta terbuka

Proses penghakiman kategori terbuka

Hasilan peserta

Penghakiman kategori A,B dan C

Majlis penutup

Persembahan khas dari SMK Pasir Gudang 2

Penyampaian hadiah pada pemenang

Slideshow
Label: cuti umum johor, robotik, zon h

Sambutan Isra' Mikraj
Tarikh : 17 Julai 2009
Masa : 7.00 - 10.00 pagi
Tempat : Dewan Bestari SKTTA
Bacaan doa oleh Ustaz Shahir


Ceramah Isra' Mikraj oleh Ustaz Sajuli




Ceramah diselang selikan dengan kuiz






Cenderahati untuk penceramah

Slideshow
Esok, Fomca melancarkan kempen "Buy Nothing Day". Adakah anda berani menyahut cabaran ini. Hari dimana anda langsung tidak berbelanja diluar, semuanya buat sendiri. Aku akan cuba, tapii... tang makan tu problem sikit la. Hehehe>> Laman web rasmi Fomca
Label: buy nothing day, cabaran, fomca
Jangan terkejut jika korang jumpa bebudak berbaju putih bawak tin minta derma kat korang. Tu perkara biasa bagi St. John Ambulance sejak dulu lagi. Aku pun pernah gak buat kerja-kerja ni jaman sekolah dulu. Cewah.. bekas St. John mula menulis. Tapi tang kawad untuk hari kebangsaan kat Kangar dulu semua cengkelat. Bagi alasan nak balik kampung. Tapi kalau usung tin ni aku suka. Habis ke sana sini aku usung. Hehehe. Kalau korang jumpa taruk ler singgit dua. Aku nulis ni pun sebab akudah jumpa bebudakni kat KIP mart itu hari. Bini aku tanya bebudak tu buat apa. Biasala, rutin kitaorang. Abang pun pernah wat camtu dulu. Teringat balik jaman sekolah-sekolah dulu jap.>> More info on St. John Ambulance Malaysia
Label: flag day, hari bendera, st. john

Siapa yang bakal membawa pulang RM10k. Fira, Chaq atau Black? Aku cam biasa sokong Black. Suara Black power tu. Harap-harap Mas Idayu berjaya buat plan B untuk Black.
More on gua.com
Label: mentor 3

Tarikh : 11 Julai 2009
Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : SK Kompleks Uda
Pendaftaran peserta dan cabutan giliran

Taklimat hakim dijalankan di kelas prasekolah

Candid persediaan


Pertandingan membaca di Bilik Muzik

Story telling dijalankan di Perpustakaan

Deklamasi sajak di kelas prasekolah

Hafazan di surau

Mewarna di kantin sekolah

Spell it right di perpustakaan

Nyanyian solo di dewan sekolah

Pakaian beragam di dewan sekolah


Ketibaan perasmi




Bacaan doa


Persembahan pelajar


Ucapan dan perasmian



Penyampaian hadiah dan cenderamata






Nyanyian Negaraku

Pengagihan sijil

Slideshow
Label: karnival, prasekolah, skudai, spelling bee, story telling, warna
Subscribe to:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
-
►
2012
(197)
-
►
Januari
(197)
- Setel booking
- Stok untuk sekolah
- De Kasturi Cafe
- Khidmat Bantu EMiS Online
- Beli tudung baru
- Apa kes lagi ni
- Bengkel Pengurusan Guru Data Johor Bahru
- Awan Nano Spesel Tutorial
- Anugerah Juara Lagu ke-26 : The Verdict
- Asyik lupa aje
- Gelang patah prep
- Finalis Anugerah Juara Lagu ke-26
- My family : Raya edition
- Android apps : Blood and Glory gore edition
- Gerai Selera Nusa
- Johor Premium Outlet
- Jusco Bukit Indah
- Hari Lepak
- Gelanggang Raja Lawak 6 : Penyingkiran Minggu 3
- Test using Blogger
- Google account sync
- Test
- Nilai 3 getaway
- Baby bites
- Hari ini dalam sejarah
- Ke lautan cahaya moh
- Iwalk
- Cp arcade
- Ready for Snowalk
- Snowalk anyone
- I city kiter
- Jalan Tunku Abdul Rahman
- Sogo
- Parking Sogo
- Target utama ini hari
- KL here we come
- Sibuk ngejar kucen la pulek
- Dataran pahlawan
- Menara Taming Sari - the feeling
- Menara Taming Sari - scenery from up above
- Menara Taming Sari - before
- Belasah sampai kering
- Cenderahati dari famosa
- The day we conquered a famosa
- Moh ke Banda Hilir
- Zoo playground
- Kawasan kekura
- Kawasan rimau
- Kawasan rusa
- Kawasan bird
-
►
Januari
(197)
-
▼
2009
(443)
-
▼
Julai
(29)
- Mesyuarat Verifikasi Data SBP 2009 - prolog
- Turun enjin Kriss, again?
- Getting ready for KL
- SKTTA's Class photo for printing
- Group photo for Year 6 student
- Kerja-kerja penaiktarafan pejabat sekolah
- Gerak Gempur Tahun 6
- Penggambaran kelas SK Taman Tun Aminah
- Karaoke di Sound Studio
- Nikah - Norhaslinda & Shahrul
- Wang Kertas RM50 Reka Bentuk Baharu
- Pertandingan Robotik Kebangsaan peringkat Negeri J...
- Sambutan Isra' Mikraj
- Buy Nothing Day. Bersediakah anda, esok?
- SJAM Flag Day 2009
- Siapa bakal menjadi juara Mentor 3?
- Karnival Prasekolah Zon Skudai 2009
- Cek pertama dari Nuffnang
- Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Ke...
- Pengisian data SSQS sekolah
- Iqa new workbook - Mathematics Year 1
- To do list : Membaiki kasut
- Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Keban...
- Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Keban...
- Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Keban...
- Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Keban...
- Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Keban...
- Lightsphere Chrome Dome
- Outstation. Again??!?
-
▼
Julai
(29)















