
Hari ni kaau ikut nak gi Tebrau City nengok wayang, tapi atuk dah kasi la pulak DVD Transformer 2, so tunggu minggu depan jer la for Ice Age 3. Pastu mama terus suggest pi makan kat JB Katering. So, apa tunggu lagi; off we go to Taman Merdeka...
Dalam kereta, iqa senyap jer. Adik dia siap terlelap lagi. Sampai jer Taman Merdeka terus Iqa meluru keluar. Pening kepala rupanya. Nak muntah la tu.Pastu kitaorang terus jer pergi JB Katering sebelah tu jer. Boleh tahan la. Harga yang diberi RM12 sorang. Iqa kena RM7 jer. Adik free. So, makan jer ler selagi mampu kan. Aku makan nasi beriani jer, pastu makan rojak, pastu makan mee rebus, pastu makan kuih, pastu makan ayam, pastu perabis ais krim iqa ngan adik yang tak abis.


Pas makan terus mama ajak masuk taman merdeka. Kitaorang asyik dok nengok dari luar jer. Hari ni memng nak masuk dalam. Nak nengok apa yang ada kan.


Rupanya banyak jugak benda lam ni. Dan aku baru tahu sebab apa dinamakan Taman Merdeka. Dalam ni dibuat tempat-tempat khas untuk memperingati apa yang terjadi sebelum kita merdeka. Ada tempat Jepun, kominis, dan.. tak tahu lagi la. Aku gi dua tempat ni jer. Yang lain dah tak larat nak jalan dah.





Pas tu terus pergi Jusco Bukit Indah, belanja bulan depan. Lepas beli semua barang dapur, mama ajak naik atas; baju kanak-kanak. Aku ajak iqa ngan adik gi smart. Puas diaorang main sampai tak ingat dunia..


Pastu balik singgah ke tepi sungai beli makan malam ni. Mama nak belanja makan. So order cam biasa. Siakap 3 rasa, tomyam campur dan kailan ikan masin. Sementara menunggu kita minum dulu.. Kitaorang bungkus jer sebab atuk ngan ucu pun dah balik ke rumah.



Slideshow
Label: cuti, cuti umum johor, kids, taman merdeka, travel

Abah! Abah! Bangun la. Tengok apa mainan baru adik atuk belikan.
Pet pot, pet pot. Mainan dia bunyi. Atuk baru belikan adik mainan itik. Siap boleh bunyi bila tekan-tekan kat dalam. Dah la tu, siap jelir lidah lagi.

Iqa lak tak habis-habis ngan congkak dia. Penat tu nak layan... Yang best masa ni bateri flash aku dah abesshhh.. Bateri imedion baru jer aku charge. Hahahahaha

Label: adik, congkak, inaz, iqa, itik bunyi, kids, mainan baru

Haa.. Akhirnya siap gak buat DOS ni. Pakai excel jer. Guru ngan enrolmen dah settle, cuma masih perlu buat pilot kat beberapa SBP untuk kesahihan data. AKS masih perlu aku halusi norma dia. Takpe, slow-slow la. Balik lam kul 11.40 malam gak. Dan sekali lagi aku meredah jalan sunyi Gelang Patah untuk pulang. Esok aku enjoyyyy...
Label: data operasi, DOS, excel, ict sbp, programming

Lama tul aku pakai bateri Maha Powerex. Dari tahun 2005. Last-last bebaru ni masa charge dia detect 2 bijik dah rosak. Camno. Amik gambo kawin pakai bateri biasa ajer la. Aku beli lam 6 set 4-4 bijik bateri. Hari ni baru sampai order aku dari Shashinki. Tapi Maha dah takde untuk AA, terpakso la den boli Imedeon ni. Satu set 4 biji dia juai RM50, aku beli 3 set share ngan Cha; dapat lam RM135. OK la tu. Harap-harap sepower Maha la jugak. Aminnn...
Tapi nanti lepas balik dari wat data DOS baru aku nak belek. Sekarang aku nak numpu buat data DOS dulu..

Tarikh : 27 Jun 2009
Masa : 11.30 pagi - 1.30 petang
Tempat : Kelas
Hari terbuka SKTTA merupakan hari bertemu pelanggan dan pengambilan buku rekod pelajar. Ibu bapa akan ke kelas anak masing-masing untuk mengambil keputusan dan berbincang berkenaan anaknya dengan guru kelas masing-masing.
Label: guru, hari terbuka, kids, sktta
Tarikh : 27 Jun 2009
Masa : 9.50 - 12.00 pagi
Tempat : Kantin Sekolah
Bertempat di kantin; dengan mengambil kesempatan atas Hari Terbuka, Badan Kebajikan SKTTA telah menganjurkan satu jualan amal bertempat di Kantin Sekolah. Antara yang terlibat di dalam jualan ini adalah Badan Kebajikan dan Badan Bilik Guru.

Tarikh : 27 Jun 2009
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Majlis Mutiara Harapan merupakan satu majlis untuk memberitahu ibu bapa secara rasmi bahawa anaknya merupakan calon harapan 5A sekolah. Majlis ini juga merupakan satu platform perbincangan diantara ibu bapa terlibat dengan guru dan pentadbir SKTTA mengenai anak-anak terpilih ini.
Label: kids, mutiara harapan, sktta

Terkejut gak dengar berita pagi tadi. Tapi berita masa tu pun masih banyak was-wasnya. Dalam kul 10 pagi baru berita tu disahkan benar. 2 bintang yang memang besar dan gah namanya meninggal dunia hari ni. Michael Jackson, 50 tahun meninggal dunia atas masalah jantung manakala Farrah Fawcett, 62 tahun meninggal disebabkan barah.
Chiaoooo..._________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Tadi iqa cakap ngan aku, hari isnin ni nuri cuti. Terkejut badak aku. Cuti apa lak ni. Sekali amik surat sekolah, rupanya cuti hari hol. Hai.. teruk betul aku ni. Langsung dah tak alert ngan tarikh lagi sekarang ni. Cuti ka tak cuti ka, semua bantai sama aje. Asyik kerja je tak kira hari sekarang ni. Terus masuk laman web rasmi johor. Betullah tu. Memang cuti pun hari isnin ni.
Chiaoooo..._________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Label: cuti, cuti umum johor, hari hol
Ni lebih kepada kisah aku kat KL itu hari. Walaupun tak banyak amik gambo, adala sesikit yang boleh dijadikan bukti aku ke sana itu hari. Yang bestnyer, siap terformat lagi CF card aku tu. Lagi la bengang. Nasib baik tak terwipe. Kalau dah wipe hilang terus la buat selama-lamanya. So, tengok-tengok la apa yang ada.Memula pergi ke SMAP Kajang dulu, amik bain. Sib baik amik dia dulu, kalau tak memang aku sesat lagi la masuk KL ni. Jalan dah banyak berubah. Tengok ler keter dia. Ala yang kaler biru kat belakang tu.

Pastu sampai terus parking kat Low Yat. Kalau yang tak biasa kat sini memang tak tau, kalau duduk hotel capitol atau federal memang kena parking kat low yat. Lepas parking jer terus gi check in kat federal. Dapat tingkat 4. Tengok view dari bilik aku, terus direct ke low yat tu. Pastu si bain sibuk dok ngetest kamera aku. Habis semua nak diamik gambonya, sampai aku semayang pakai kain pelekat pun kena amik. Ni semua salah hotel la ni. Suruh hanto sejadah pun tepon tak diangkatnya.



Pastu kuar makan. Jumpa ramai memember lama. Semua terkejut nengok aku. Hehehehe.. Lantak la. Malam tu taklimat dari pegawai sektor, pengarah pun ada. Antara cerita menarik dia malam tu pasal ayam. Nak tahu cerita, tanya orang lain. Sesambil tu aku sibuk dok merangka struktur fail untuk data retan SBP.


Pas habis taklimat, keluar merayau jap. Sesambil tu boleh gak berborak ngan memember lama kan. Lama gak kitaorang merayap. Kedai kat sini memang sentiasa hidup. Pelik tul. Sekali nengok dah jam 12 lebih. Balik tido la.

Esok takde pa per. Program jalan cam biasa. Cuma sesekali kepala aku jadi sesak, dok memikir camner nak memudahkan lagi pemasukan data dan output dia nanti. Siap berendam air panas lagi sambil dok memikir. Pastu gi semayang jemaat kat masjid sebelah VI. Sesaknya. memang ramai giler orang.


Esoknya pas siap buat data staf, terus copy bagi kat Pak Lah. Pastu lepas check out baru gi Low Yat. Lepas belanja lebih kurang baru gi kaunter parking. Tu dia.. RM87 untuk parking tiga hari. Sib baik hotel dah chop. Kira free jer ler.

Kuar jer hotel mula la masuk lam jem biasa kat sini. Huhuhu.. Sib baik aku tak duduk kat KL lagi.. Aku sampai ke JB lebih kurang jam 7 malam. Penat weiii...

Chiaoooo..._________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Subscribe to:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
-
►
2012
(197)
-
►
Januari
(197)
- Setel booking
- Stok untuk sekolah
- De Kasturi Cafe
- Khidmat Bantu EMiS Online
- Beli tudung baru
- Apa kes lagi ni
- Bengkel Pengurusan Guru Data Johor Bahru
- Awan Nano Spesel Tutorial
- Anugerah Juara Lagu ke-26 : The Verdict
- Asyik lupa aje
- Gelang patah prep
- Finalis Anugerah Juara Lagu ke-26
- My family : Raya edition
- Android apps : Blood and Glory gore edition
- Gerai Selera Nusa
- Johor Premium Outlet
- Jusco Bukit Indah
- Hari Lepak
- Gelanggang Raja Lawak 6 : Penyingkiran Minggu 3
- Test using Blogger
- Google account sync
- Test
- Nilai 3 getaway
- Baby bites
- Hari ini dalam sejarah
- Ke lautan cahaya moh
- Iwalk
- Cp arcade
- Ready for Snowalk
- Snowalk anyone
- I city kiter
- Jalan Tunku Abdul Rahman
- Sogo
- Parking Sogo
- Target utama ini hari
- KL here we come
- Sibuk ngejar kucen la pulek
- Dataran pahlawan
- Menara Taming Sari - the feeling
- Menara Taming Sari - scenery from up above
- Menara Taming Sari - before
- Belasah sampai kering
- Cenderahati dari famosa
- The day we conquered a famosa
- Moh ke Banda Hilir
- Zoo playground
- Kawasan kekura
- Kawasan rimau
- Kawasan rusa
- Kawasan bird
-
►
Januari
(197)
-
▼
2009
(443)
-
▼
Jun
(42)
- Taman Merdeka Johor
- Pepagi lagi dah main
- Data Operasi SBP v1.0
- Here come my new rechargeable batteries
- Hari Terbuka SKTTA
- Jualan Amal Badan Kebajikan
- Mutiara Harapan
- 2 kejutan besar dunia hiburan hari ini
- Hari Hol Almarhum Sultan Ismail
- Mesyuarat ICT SBP bil 1/2009
- Happy Birthday Adik...
- Sekali lagi ke spital
- HP mini untuk mama
- Siap dah album
- Ole-ole dari KL
- Baru balik dari KL
- Lemaunya aku..
- Back to Nature - Journey ends
- Back to Nature - Day 4
- Back to Nature - Day 3
- Back to Nature - Day 2
- Back to Nature - Day 1
- Back to Nature - The Journey
- Balik kampung!!!
- Bertandang - Norzarifah & Malsiz
- Manga on a cool Sunday Morning
- Shutteractive in Blogspot??
- Outdoor - Norzarifah & Malsiz
- Persandingan - Hasnah & Anuar
- Persandingan - Norzarifah & Malsiz
- Berinai - Norzarifah & Malsiz
- Nikah - Norzarifah & Malsiz
- Nikah - Hasnah & Anuar
- Kenduri Atuk Mis - Prep
- The return of .. Iqa demam
- Iqa's Day Out - Fruit stall
- Iqa's Recipes - Egg Sandwiches
- Jusco Bukit Indah - Berbelanja, bergembira
- For those who love to save
- Ngantuk tahap dewa
- Jom Heboh @ Danga Bay - A black Sunday
- Karnival ICT 2009 - Penutup
-
▼
Jun
(42)















