Hafiidz & Hasliyana : through my not so worthy lens
3 komen Ditulis oleh Mknace at Khamis, April 30, 2009

Banyak rengrakan yang mintak aku haplod gambo kahwin si Hafiidz ni.
Camner aku nak cakap lagi. Aku bukan OP dia. Aku just datang pasal En. Mail aku jemput aku makan. Aku pun baru jer habis amik gambo Bola Sepak zon Skudai. Apa pun aku haplod jer ler 15 kepin ni. Ni jer yang aku ader. Dah la flash takde, lens pun 70-300mm. Sib baik rumah cik mail ni agak beso. Tu pun aku amik gambo sando kat dinding sebelah pintu depan. Nasib-nasib.













Label: wedding

Walau seburuk mana pun logo ni. Ni la logo pertama aku sejak aku mula bekerja di bidang design mendesign ni. So, aku rasa mulai saat ini logo ini akan muncul kembali.
Maybe ramai yang tertanya-tanya kemana hilangnya logo ni.
Jawapannya.. karam bersama rosaknya harddisk aku semasa aku mula-mula jejakkan kakiku semula ke bumi johor. Dan aku rasa aku pun dah layak semula untuk keluarkan semula logo ini. Logo mknaceunlimited.

Esok merupakan hari pekerja.
Dalam kepala dok pikir, memandangkan esok cuti
Mana nak berjalan esok ni, ka tido kat umah jer...
Label: cuti, hari pekerja

Tak tau la apa nak jadi dengan Syafiqah ni. Nampak kucing jer geram nak wak balik, nampak kucing jer sibuk nak amik gambo. Ni ler gambo pencetusnya. Aku dok sibuk amik gambo kucing ngan nenek tadi, sesambil ziarah kan.
Iqa dah tak tahan. Dia mintak henpon aku. Terus jer menonong ke belakang. Habis semua kucin kena ambik gambo..








Label: cat, kids, pet, Photograpy, syafiqah

Syafinaz, Round Two??
Apa yang dapat difahami dengan ayat ni.
Maknanya dah kali kedua ke klinik
Tak sampai seminggu pun lagi
Demam tak surut-surut
Tambah selsema sama batuk lak
Ulang lagi sekali ke klinik
Harap-harap lepas ni dia rajin sikit la makan ubat tu
Badan pun dah cekeding dah


Baru tadi dok borak pasal kedai beskal ni. Sekali masa nak balik mak call cakap drypers adik dah habis. So kena la head on to my kedai beskal.
Masuk terus cari Drypers M84. Sekali cina tu cakap dah habis la.
Habis camne ni.
Kalau lu mau yang dah buka ni pun boleh. Pasal lu customer reguler, nanti kalau tu datang lagi saya kasi belen yang tak cukup tu
Lu ada juai sekepin2 ka
Ya la. Bukan semua orang macam lu. Sekali beli manyak. Ada orang beli sekepin2 loo..
Woo yaka. Sekarang juai berapa
RM 37 lo. Saya rekemen aa, lu angkat huggies la. lagi bagut kualiti. balu RM36 wa kasi sama lu
Habis kalau anak saya tak kena ngan huggies camner
Ala. cam biasa la, datang tukar drypers balik loo. Esok stok baru sudah sampai.
OK la.
Last2 aku angkat huggies. Try jer ler kan.

Masa balik cam biasa singgap kedai buah. Beli buah potong. Jambu air, jambu batu sama tembikai susu. Iqa ngan adik memang suka habis ni.

Iqa cam biasa tayang kerja dia.
Tapi kali ni dia tayang kertas hafalan spelling untuk upcoming mid year test
Aku saja jaki suruh eja macam-macam
paling tak tahan aku sebut jer mamipoko
Boleh lak tu eja
hehhehe


Lama jugak nak settle masalah ni. Masalah ni timbul just sebab line perantara yang sentiasa bermasalah. Macam-macam cara aku buat. Hari ni baru settle. Aku berjaya gak cari jalan yang terbaik untuk jaringan wifi kat sekolah aku ni.

Masalah paling utama adalah disebabkan wired lan hanya meliputi makmal komputer, kantin dan pusat akses.
AP ada lima
Makmal, kantin, bilik guru - wired
Perpustakaan dan pendidikan khas - wireless repeater
So bila kantin bermasalah yang boleh pakai cuma kat makmal dan kantin sahaja
Apa yang perlu aku buat?
2 Minggu aku test pelbagai teknik
Dari AP, repeater, bridge, multiple bridge.. Akhirnya aku pakai repeater jer
Cara dia
Aku betul-betul berani nak sambung antara semua sebab dia punya coverage hampir 1 km outdoor dan 200m indoor.
Mesti takde masalah punya.
Yang betul-betul wired dan stabil hanya dua
Makmal dan kantin
So, dua-dua diset kepada mode AP sahaja.
Sekarang, setkan pendidikan khas kepada mode repeater point ke kantin
Test... OK
Clear
Pastu, Perpustakaan
Setkan kepada mode repeater point ke makmal
Test... OK
Clear
sekarang masalah paling besar..
Bilik guru
Pikir nyer pikir
Set juga ke repeater
Point ke mana
Pikir nyer pikir
point ke makmal
pasal dia paling dekat ngan router
so tak ler bengong sangat
test.. tip top
Alhamdulillah
Semua line wifi dah ok
Untuk satu sekolah
Line wired jer problem
Pasni nak test kat pejabat
boleh tak dia baca sebab AP bilik guru memang wired ke pejabat..
.
.
.
.
.
Dan terbukti boleh
Yipeee

Pagi ni macam biasa. Bangun, mandi & siap-siap. Sekali masa ayang nak bangun tu dia terjerit-jerit. Belakang dia sakit balik. Tapi ni teruk lagi ni. Sampai takleh nak gerak ni. Hish.. Ingatkan semalam dah ok sikit lepas abah picit.
So, terus ajak ayang gi spital. Cam biasa taknak pergi, dok kisah nak gi sekolah jer. Gila apa. Dah sampai tahap tak kuasa nak gerak nak gi sekolah lagi. Sudah-sudah la. Jaga diri tu dulu. Aku bab ni aku memang dah tak leh terima dah. Komitmen apa lagi, sampai diri sendiri pun tak terjaga. Sekarang aku dah faham perasaan abah aku dulu pasal komitmen aku yang membabi buta suatu ketika dulu. No such thing as 200% komitmen. Orang gila jer yang bagi komitmen 200%.
So, lepas call guru besar; amik cuti rehat 1 hari, terus aku bawa ayang gi GH. Dia boleh lagi dok borak pasal sekolah ngan aku. Kalau nak ngajar nanti camne. Tak yah banyak la. Nak panjat tangga naik punch cukupla. Tak sampai nyer.
Sampai jer kat depan Skudai Plaza, nampak lak bulan membelakangi Kolej Selatan. Fullauweii.. Cunnya.. Ni jer yang aku leh amik. Sesambil tu sempat ngajo ayang pasal adjust EV untuk amik gambo camni. Hehehe... Terus tak pikir sangat pasal sakit dia dah. Pegang kamere phone sambil dok cuba snap gambo kole selatan tu.

Teruskan perjalanan. Baru terperasan danga bay dah terbarai. Habis diaorang nak luaskan lagi kot kawasan dia. Memula tak perasan. Aku sebenarnya nak amik gambo rumah yang banyak bot tu, tapi ini yang dapat.. hampes.. Best jugak kan layan amik gambo lam jem ni kan..

Sesampai kat spital cam biasa turunkan ayang kat poliklinik. Pastu gi park. Haih.. Apasal kosong jer ni kan.. Sekali ayang call. Bang, kena gi klinik mahmoodiah la. Sudah.. mahmoodiah mana lak ni. Kecoh tul la.

Apa lagi, terus call abah tanya klinik mahmoodiah kat mana
Ala kat atas bukit
Bukit mana lak ni, kuar spital ker tak ni
Camner nak cakap aa, tapi dekat ngan umah mayat
Bah, dekat-dekat wad arwah pak long dulu eekk
Haa.. dekat-dekat situ la, tapi jangan sampai kuar spital tu
Haa.. Apa lagi terus pecut la. Sib aku baik. Jalan punya jalan terus nampak signboard. Sib baik belasah punya belasah kena lak tu.
Aku terus bawak keter sampai depan pintu. Aku sorang jer buat camtu tadi. Abis tu ayang ni mana leh gerak jejauh sangat kan. Sekarang tiba cabaran kedua, acara parking keter. Cari punya cari last last aku kena parking depan wad pompuan sana tu. Jenuh la nak menapak. Dah la tu masa kuar tadi tersenggol tayar kat divider. Sib baik tak pape.

Sekarang aku kena menapak ler pulak ke atas.
Apalagi.. jalan la..

Sekali sampai punya la ramai orang. Mana ayang ni. Aku usya punya usya, dia dah kat depan. Amik nombor. Terus jer aku gi kat dia. Nomor bape.
1105.
Mak aih baru 4 minit buka dah nomor 105.

Bawak ayang ke kaunter B
Kaunter ni baru tempat daftar sebenar
Ayang tunggu jap
Nak kuar yer
Tu mesti nak amik gambo ler tu
Biasa la
Aku amik shot ni dari atas bukit sebelah kubur sana tu

Pastu turun.
Masa nak masuk balik perasan kantin
Beli metro sama karipap sardin 6 ketoi
Nampak barisan tak pendek-pendek
Gila tul la

Sesambil nunggu tu makan karipap sambil baca metro
Nampak budak kecik dok usya jer kat aku
Aku bagi la seketoi karipap kat dia
Sekali nombor budak tu lak yang kuar
Aikk
Biar betoi
Aku yang sampai dulu
Tengok lagi
Nombor 1115
Nombor 1131
Gila apa
Au dah berangin la ni
Apa kejadahnyer ni
Pastu datang lak group Puspatri tak silap aku
Lam 8 orang terus potong jer Q
Hai
Ni dah lebih
Aku gi kaunter 3 tu
Terus jer mulut celupar aku dah menjalankan kewajipan dia
Mana nombor 1105 ni kak
Dah terbang ke dah kena jual ni
Dia kata dah kat kaunter 8 kot
Apa kot-kot ni kak
Baik saya tak yah amik nombor
Aku gi kaunter 8
Mulut aku takleh nak tutup lak
Kesian gak aku nengok kerani tu
Tak pandang langsung muka aku
Ingat kejap ker daftar sampai 1 jam ni
Last-last dapat gak kad ni
Apa kejadahnyer

Pastu gi bilik 19
check lebih kurang, kata bini aku la
main cuit-cuit itu jer
pastu kena suntik sekali
pastu baru gi amik ubat
Sempat lak borak ngan sorang uncle ni
Tapi aku rasa cam familiar lak muka dia
Pas amik ubat balik..

Dah.. takde mood dah nak nulis.
Penat..
Label: gh, klinik, mahmoodiah, sickness

Lepas balik dari klinik tadi, tengok adik dulu. Pegang-pegang kepala dia. Suhu masih suam-suam kuku. Jelum-jelum sikit. Marah tul dia. Suruh makn ubat lagi la marah. Nanti adik muntah la, apa la. Tanya adik dah makan. Nak buah tak?
Lepas makan buah ajak makan nasik. Sendukkan satu untuk adik, satu untuk kakak dia. Kitaorang makan reramai kat depan. Lepas makan, jelum kepala dia lagi pastu ajak tido. Lepas tido nak bawak jalan-jalan keliling kampung ngan moto. Sumer masuk tido, pasal nak jalan punya pasal.
Sekali aku sedar dah bising-bising kat luar. Rupanya atuk pun dah balik kerja. Siap beli tomyam sama ikan siakap lagi. Lamanya aku tertidur. Penat sangat gamaknya + kepanasan tadi kot. Adoii.. dah malam rupaya. Adik ngan kakak bising kat luar makan.
Makan la.. Aku takde selera lagi ni.
Pas semayang aku dok depan komputer. Dok kemas CD-CD lama. Tu terjumpa lak CD-CD ori aku dedulu. Antara lam list simpanan giler aku dulu..
- Warcraft 2
- Warcraft 3
- Diablo
- Diablo 2
- WWF Smackdown 2
- Age of Empire 2
- Final Fantasy 8
Humang aiiiihh.. Memang CD-CD ni aku jaga gila. Tu yang aku secara tak sedar telah menginstall Final Fantasy 8. Tapi tak leh main sebab ayang nak wat kerja dia. Lain kali la eekkk.. Teringat jaman gegiler aku belasah Final Fantasy 8. Tak tido main. Sampai 2 minggu straight. Belasah jer. Best tul. Tapi bila dah habis main cam mati kutu. Tak tau nak wat per.
Sambung lain kali lak lah...
Label: favourite, sickness, video games

Hari ni memang aku balik awal. Pukul 2 petang aku dah punch out. Seawal pagi lagi aku dah pesan kat bebudak, petang ni Zoom-A takde. Aku nak balik awal sebab anak tak berapa sihat. So, dalam perjalanan balik tu nak kena singgah klinik ibu dan kanak-kanak dulu.
Aku dah gelak sakan dah dalam kete. Bior betul. Cam nama ubat batuk jer. Wujud ker klinik ni kat Gelang Patah. Ayang call mak. Mak kata kat depan pokok pelam. Tu dia.. Punya bagus dia punya landmark. Bukan main Stesen minyak shell ker, stesen bas ke. Main pokok jer. Ingat sepokok jer ker pokok pelam kat gelang patah ni.
Lam kepala aku satu jer pokok yang aku target. Pokok ni antara yang beso dan tua kat gelang patah. Pokok depan stesen shell tu. Tapi aku tak perasan la pokok apa. Bantai ajer la.
Sekali sampai betul la pulak. Huh. Terer gak aku ni kan. Masuk lam tunjuk IC sumer. Amik ubat jer. Pastu sebelum balik singgah kat kedai sengsei beli beberapa jenis ubat lagi.
Masa nak balik tu teringin lak nak makan buah potong. Singgah jap beli jambu batu sama tembikai susu. Sesambil tu mata dok meliar jer nengok pagoda ni. Ni target akan datang aku. Tunggu la ad perayaan apa-apa. Memang aku gi amik gambo nyer. Paling dekat ni Hari Wesak ni la. Huuu.. Tak sabonyerr..

Sampai rumah nenek. Nenek ngadu sakit. Nak gi klinik ibu dan kanak-kanak. Bawak jer ler. Perut memang dah bunyi ni. Mana makan lagi. Aku tak bajet makan langsung pasal hari ni balik awal kan. Sekali datang ramai la pulak orang kat dalam dia. Tadi kosong jer. Layan jer ler. Yang aku risau keter aku parking 3/4 dah kat jalan besau. So.. kejap-kejap kuar nengok keter.

Sekali masuk memang kecik jer klinik ni. Rasa cam jaman dedulu la pulak. Tengok alamat pun no 1, jalan raya, gelang patah. Kalau nengok klinik ni kat tengah-tengah. Maknanya dia terletak antara kedai tertua kat gelang patah ni.

Makcik ni sakit belakang rasanya. Kena RM15 jer. Uih. boleh tahan murahnya. Apasal aku tak pernah tau klinik ni ha..

Pasangan ni bawak anak dia demam + selsema. Kena RM23. Humang aih. Tengok ubat yang dia kasi pun cam memanis jer. Mesti adik suka kan.

Akhirnya sampai giliran nenek. Ubat dalam 4 jenis. Tahan sakit, angin, pastu lagi dua aku dah tak ingat. Kena RM20. Boleh la. Siap borak lagi.
Ni pelanggan tetap kat sini ni kata dia. Awak sapa.
Saya cucu dia la.
Ooo.. yaka. mana anak dia yang selalu hantar dia.
Ooo.. Yang tu ka. Tu dah meninggal la
Yaka.. saya tak tau pun.
Pastu apa-apa lagi la ayang dok layan dia cakap..

Sebelum balik beli lagi tembikai susu. Laponyer.. Yang tadi sumer dah abis aku balun tadi. Lapo beb...
Label: gelang patah, johor, klinik, sickness
Subscribe to:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
-
►
2012
(197)
-
►
Januari
(197)
- Setel booking
- Stok untuk sekolah
- De Kasturi Cafe
- Khidmat Bantu EMiS Online
- Beli tudung baru
- Apa kes lagi ni
- Bengkel Pengurusan Guru Data Johor Bahru
- Awan Nano Spesel Tutorial
- Anugerah Juara Lagu ke-26 : The Verdict
- Asyik lupa aje
- Gelang patah prep
- Finalis Anugerah Juara Lagu ke-26
- My family : Raya edition
- Android apps : Blood and Glory gore edition
- Gerai Selera Nusa
- Johor Premium Outlet
- Jusco Bukit Indah
- Hari Lepak
- Gelanggang Raja Lawak 6 : Penyingkiran Minggu 3
- Test using Blogger
- Google account sync
- Test
- Nilai 3 getaway
- Baby bites
- Hari ini dalam sejarah
- Ke lautan cahaya moh
- Iwalk
- Cp arcade
- Ready for Snowalk
- Snowalk anyone
- I city kiter
- Jalan Tunku Abdul Rahman
- Sogo
- Parking Sogo
- Target utama ini hari
- KL here we come
- Sibuk ngejar kucen la pulek
- Dataran pahlawan
- Menara Taming Sari - the feeling
- Menara Taming Sari - scenery from up above
- Menara Taming Sari - before
- Belasah sampai kering
- Cenderahati dari famosa
- The day we conquered a famosa
- Moh ke Banda Hilir
- Zoo playground
- Kawasan kekura
- Kawasan rimau
- Kawasan rusa
- Kawasan bird
-
►
Januari
(197)
-
▼
2009
(443)
-
▼
April
(60)
- Hafiidz & Hasliyana : through my not so worthy len...
- My logo... returned
- Selamat Menyambut Hari Pekerja
- Syafiqah dan kucing
- Syafinaz, Round Two
- Tukau ke Huggies
- Setting Wifi SKTTA - TP link WA501G
- Klinik Pesakit Luar Mahmoodiah
- Final Fantasy 8
- Klinik Ibu dan Kanak-kanak???
- Cuaca yang panas
- Kuiz Matematik peringkat Zon Skudai
- Pertandingan Kemahiran Hidup peringkat Daerah Joho...
- Kursus Latihan dalam Perkhidmatan
- Aktiviti rutin Iqa
- Hari menjelajah ke klinik
- Kusess.fotopages.com kembali meriah
- Lambat la sikit nak hapdet
- Apa nak buat nih
- Teruskan usahamu, Iqa
- Iqa's dance in video
- Lawatan TKSU ke PPD Johor Bahru
- Laporan tak rasmi - Lawatan TKSU ke PPD Johor Bahr...
- Iqa dan Writing Contestnya
- Finally my Canon PIXMA MP145 come with CISS system...
- Adik dah leh ketawa-ketawa
- Ucu's new toys - Nikon D60
- Makan Tengahari di Restoren Nelayan, Pendas Laut
- Persembahan kebudayaan Iqa
- Anugerah Q 2008
- Hari Anugerah Q PPD Johor Bahru 2008
- Comel - bakal menjadi kucing kesayangan Iqa
- Rehearsal at Dewan Jabatan Laut Wilayah Selatan
- Perjuangan diteruskan
- Penatnya
- Majlis Potong Jambul
- Pelancaran Kota Iskandar
- Proton Exora dilancarkan
- Another shot from down under
- Pembinaan Persembahan Multimedia Hari Q
- Kejohanan Olahraga Pendidikan Prasekolah Zon Skuda...
- Anugerah Q 2008 - First concept
- Dunia kecil
- Pemula hari
- Selamat Harijadi ke 53 Nenek Johor
- Majlis Pelancaran Kota Iskandar
- Sunday's routine
- Selamat Pengantin Baru Hafiidz & Hasliyana
- Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Zon Skudai 2009 - Ha...
- Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Zon Skudai 2009
- Kabinet Baru Malaysia - 2009
- Hari Keputeraan Sultan Johor
- Hari Q 2008 Site survey
- Settlekan semua
- Handphone TV
- Liar Game
- Sambutan Maulidur Rasul SKTTA 2009
- Upacara angkat sumpah Perdana Menteri Malaysia kee...
- Esok Malaysia akan mendapat PM yang keenam
- April Fool yang jahanam!!!
-
▼
April
(60)















