Latest Entry

mknace unlimited | the colours of life


Nampaknya kempen ni mula menunjukkan kesan-kesan yang positif. Teruskan lagi sehingga mereka terasa kita tidak memerlukan mereka.




Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com
 
Klik untuk cerita penuh : Kempen Boikot Barangan Israel/Pro Israel bertambah hangat



Dah lama tak sembahyang jumaat di Masjid Gelang Patah ni. Terkejut gak pasal ramai giler orang. Haa.. tulah asik sembahyang kat Taman Tun jer kan, tempat sendiri pun dah tak tau keadaannya. Tu yang orang selalu cakap, kalau kita sendiri jarang turun padang macam mana nak tau keadaan sebenar.

Bebalik kepada keadaan di masjid. Memang ramai giler orang. Aku sampai jam 1.15 dah penuh. Kalau kat Taman Tun ni boleh guling-guling lagi. Tak caya tengok gambo beso tu. Kalau dulu aku selalu semayang kat tempat parking motor sebelah masjid. Tu sebelum belakang masjid dibesarkan. Lepas dibesarkan parking motor tu tak dihampar tikar lagi. Tup-tup datang balik dah guna semula.

Memang patut pun pasal orang memang dah ramai habis. Kalau ikut perhimpunan rasmi kat sekolah aku, aku dapat anggar dalam 1000 orang ada lam masjid. Tu lum kira luar lagi tu. Ye ler, masjid ni kena kover satu gelang patah, taman nusantara, nusa perintis, sampai ledang height sana tu. aku kat baling yang kecik pun ada dua semejid.

Tu yang aku terdengar ada budak dok cakap kat belakang aku. Dia kata ni kena buat dua sesi nih. Senang jer cakap. Sib baik lum baligh. Biasala budak. Simple minded. Rasanya dah kena naik satu lagi mesjid ni sekurang-kurangnya area ledang height sana tu. So dia boleh tapau area nusa perintis yang dah sememangnya ramai pekerja tu.



Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com
 
Klik untuk cerita penuh : Sembahyang Jumaat di Masjid Gelang Patah

Hari ni gi pejabat pos. Bukannya apa, nak renew road tax, sekaligus nak claim rebet tunai. Walaupun ramai orang, aku sampai awal pun dah nombor 14, tapi urusan agak laju la jugak. Boleh tahan. Maybe bahana tahun baru cina agaknya. So, orang masih belum ramai, seramai hari-hari sebelumnya. Aku terfikir satu jer. Lepas bulan Mac nanti, maybe rebet tunai dah takde lagi. Masa tu mungkin pejabat pos akan kembali lengang. Macam dedulu balik. Aku tak sabar nak menunggu hari-hari begitu. Senang sikit nak gi bayar bil. Ini tak. Aku teringat satu petang lam kul 4 petang. Aku nak gi beli setem. Sekali tekan nombor dah abis. Selamba jer akak kaunter tu cakap. Dik, datang esok jer le. Nombor dah abis. 

Bengkerk jer dengor. Aku nampak satu kaunter kosong. Dah dekat 2 kali nombor sama kuar takde sape. Aku terus masuk, terus beli setem. Mender aaa.. Yang kaunternya dok sibuk ngan nombor dah abis. Yang pelanggannya tak reti-reti nak tekan sekali jer ker. Makhluk tul la. Dua-dua ada bengongnya.



Dah abis citer pasal pejabat pos. Aku merayap lak ke KIP mart. Nak beli barang basah la apa lagi. Sekali nengok cam dilanggar geroda la pulak. Biar betul. Kul 9 pagi, kosong. Tak de pape yeii.. Ni harus nelayan cina, pemborong cina, tukang semelih ayam cina. Harus nih.. Gila apa.. Takpe aa.. merayap kat jakel dulu.

Lam kul sebelas aku datang balik. Sib baik dah ada ikan. Ayam RM7 sekilo. Huh.. Leh tahan. Ikan ada la lam suku setiap kedai. Kedai pun lam 3-4 gak masih tutup. Pejam sebelah mata jer ler. Nak wat camner kan. Apa pun ni mesti singgah kat kedai wajib ni. Ni jer tempat leh beli cili padi. Ngeh ngeh ngeh..



Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com
 
Klik untuk cerita penuh : Rebet Tunai


Menarik la cuti tahun baru cina ni. Aku rasa seronok dari dulu lagi. Pasal bila cuti tahun baru cina, baru nampak betul-betul cuti. Raya lain tak nampak cutinya. Bila Tahun baru cina ajer, semua betul-betul bercuti.

Aku tengok jalan bebetul lengang. Ada la beberapa keter. Tu pun semuanya kulit cam aku jer. Best. Boleh tido tengah jalan tu woo. Yang paling best, aku tak tahu nak beli barang kat maner. Aku ronda satu johor. Gelang Patah tutup. Skudai sunyi. Taman Tun lengang. Tup-tup, nasib baik Angsana bukak. Merayap jeler kat Angsana.



Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com
Klik untuk cerita penuh : Bestnyer cuti tahun baru cina




Lawak la kita ni kan.

Lepas Bush kena baling kasut. Peristiwa ni dijadikan game flash. Leh tahan gak kan.

Ni giliran Norman ngan memey lak.

Ni game biasa ja
Tapi leh tahan suker gak main dia.
Layan jer ler.

Besh gak.
Aku dah dapat perfect kick 160k lebih


Enjoyyyyy...


Disclaimer : Aku tidak terlibat sama sekali dalam pembikinan mana-mana game di atas. Aku cuma seorang gamer hardcore yang bermain apa sahaja game yang terdapat dalam internet ini. Link di atas diletakkan bagi memudahkan aku bermain lagi game tersebut dan memudahkan pengunjung laman ini turut sama menyertainya. Sekian, harap maklum. 

Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Klik untuk cerita penuh : Lepas Bush, Norman Hakim dan Memey Suhaiza pun jadi game


Rasanya tak terlewat lagi untuk aku mengeluarkan ayat ini... Boikot Yahudi...
Check sini untuk list dari PPIM

Boikot Yahudi...
Tak matinya kita tanpa mereka






Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Klik untuk cerita penuh : Boikot Yahudi






Lama betul aku tak berbelanja kat KIP Mart. Hari ni sengsaja pi berbelanja kat sana. Harga MasyaAllah.. Memang giler betul. Aku ingatkan kat Gelang Patah jer mahal. KIP Mart pun sama. Orang kedai cakap ikan kurang. Macamana ikan kurang aku pun tak tahu la. Dengar kat radio pun sama. Ikan kurang. Tu yang harga melambung gila tu

Tengok ayam pun sama, dah cecah RM 7 balik. Padahal minggu lepas baru RM 5. Pelik tul. Pantang nak raya jer, harga naik, harga naik jer, nak raya. Nak tak nak kena la beli gak. Takkan aku nak beli pasir lak kan.

Bila harga barang mentah naik, secara bodohnya; harga barang lain mesti naik punya. Ni kira simple punya fakta la. Ali juai ayam goreng. Ali beli ayam mentah kat pasor. Harga ayam kat paso naik. Takkan Ali nak juai harga lama kan. Abu bawak teksi. Abu nak beli ayam Ali. Ayam Ali dah naik harga. Abu pun naikkan harga pasal yang imbang balik. Supaya dia dapat beli ayam gereng Ali cam biasa. Just simple fact. Takdenye ayat "Jangan bimbang. Harga X naik tidak akan menyebabkan harga barang lain naik..

Apa-apapun kita sebagai pengguna, perlu bijak dalam berbelanja. 


Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Klik untuk cerita penuh : Jom jengjalan ke KIPmart


Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua terutama kepada yang berbangsa Cina. Semoga hari-hari mendatang lebih baik dari semalam.


Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Klik untuk cerita penuh : Selamat Menyambut Tahun Baru Cina



Aku bukannya peminat mati keras Faizal Tahir
Aku cuma suka cara dia nyanyi
Aku suka lagu-lagu dia
Dia boleh membawakan lagu-lagu dia dengan baik
Walau tak menang Juara Lagu
Aku respek giler persembahan dia
untuk lagu ini..
You rock!!!


Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Klik untuk cerita penuh : Sampai Syurga



Hulamek.. Jangan tak caya. Street Fighter kembali menyengat. Selepas geng-geng belakang tabir tak reti-reti mengira, akhirnya diaorang berjaya gak menjumpai nombor empat. Yang pasti dia punya trailer memang nampak kelas habis. Orang-orang lama memang berjaya ditonjolkan dengan baik. Nice jobs.


Leh tahan line up dia
4 watak asal
Ryu, Ken, Chun Li & Guile
Coming back
E. Honda, Dhalsim, Zangief, Blanka, Sakura, Dan, Fei Long, Rose, Gen & Cammy
Newcomer - C. Viper, Abel, El Fuerte & Rufus
4 raja - Balrog, Vega, Sagat & M. Bison
New boss Seth
Sampaikan ke tok-tok guru pun ada
Especialy Gouken (aliran baik, tok guru ryu & ken) & Gouki aka Akuma (aliran maut, super power) 

Aku akan menanti-nanti kehadiran nombor 4 ni dengan hati yang berdebar-debar...
Hadoken!!!



Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com
Klik untuk cerita penuh : Street Fighter IV - 17 Februari 2009

Malam ni Juara lagu 23 2009. Aku rasa lam sumer-sumer yang bertanding tu, Faizal Tahir yang akan dinobatkan jadi juara. Ntah la. Lagu-lagu lain tu cam kureng jer.. Apa-apa pun kita tunggu malam nih. 

Meh kita nengok sapa yang bertanding malam nih.

ps : Foto-foto diambil dari website rasmi AJL23 TV3













KATEGORI POP ROCK





KATEORI BALADA





KATEGORI ETNIK KREATIF






Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com
Klik untuk cerita penuh : Juara Lagu 23 2009


Hari ni rasanya satu Johor ambik sekolah ganti. Ganti untuk raya cina nanti. Takpelah. Lagipun kan dah dapat seminggu cuti untuk raya cina ni. So ganti je la. Pasal ganti pakai jadual khamis, aku tak pack sangat hari ni. Macam-macam nak settle. Ngan cyber brigadenya, ngan jadual makmalnya ngan zoom-a lagi. 
Lepas sekolah, ayang dah ajak merayap ke angsana. nak cari bakul untuk bagi hadiah kat perasmi nanti. dengornya aziz sapian yang jadi perasmi. tak kisah la. sampai-sampai makan dulu. aku takde selera sangat nak makan tengahari ni pasal aku dah makan nasi pagi tadi so, aku order sup cendawan je. minum cam biasa order ice blended. orang selalunya akan tertukar antara order aku ngan bini aku ni. pasal biasanya aku mesti mintak ais, bini aku mintak panas. 
lepas makan kat luar kitaorang masuk kat dalam. seperti biasa nampak awie melalak kat depan booth kegemaran dia. aku pun tak tau nama sebenar dia, tapi sejak aku kenal angsana aku tak pernah tak jumpa mamat ni melalak depan kedai muzik. sian dia. 
naik eskelator nampak orang ramai sesangat. ada apa ni. la. ujibakat bintang rtm 2009. dah macam af la pulak. leh tahan gak ye rebranding rtm nih. aku respek orang yang berni naik dan nyanyi kat atas tu. walau ada yang tahu diri dia tak besh nyanyi, tetap berani untuk memalukan diri kat atas tu. dah tu siap ketawa lak tu. 
esok nak gi kip mart lak. tengokla. aku rasa cam aku nak memburu gambo jer ni. cuma sejak kamera aku dah bertambah dimension ni aku dah jarang bawak sangat. beso ler pula. beg pun terpaksa bawak yang lain. 


Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com
Klik untuk cerita penuh : Hari Sabtu yang indah

Blog Widget by LinkWithin

Arkib Blog


 

Hakcipta terpelihara ©2007 mknaceulimited.blogspot.com
Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari blog ini.