Majlis Khatam Quran dan berbuka puasa SKTTA 2009



Majlis ni dibuat di sekolah pada sebelah petang. Tumpuan pada bebudak tahap 2; tahun 4 sampai 6 sahaja. Tapi tak kisah kalau yang lain pun nak datang. Semua dialu-alukan.



Betulla kata tajul, budak aku ni boleh tahan gak dia punya aksi depan kamera. Pantang hulur, ada jer yang dibuatnya.



Haa.. kena briefing semula sebelum majlis sebenar bermula. Biasa la.



Masa ni si Hazim sibuk nak ambik gambo. Kamera ada buat tukun kat rumah. Tu la. Apa nak jadi. Habis kamera aku dibantai. Pastu lupa lak nak tukau setting. Aku nyer manual. Hancus gambo aku ni. Huhuhuhu..



Masih lagi kat tangan dia. Tapi dah cakap kena tukau setting. Haaa.. baru nampak muka sikit. Hehehehe



Lepas jemput AJK PIBG masuk, majlis pun mula. Dimulakan dengan doa oleh Hazim jr. Hehehe.. (Kes aku nolak baca doa)



Lepas jer bacaan doa dan al-Quran solo, YDP bagi sedikit ucapan. Tak panjang sangat, tak pendek sangat. Ngam-ngam.



Pastu baru acara bermula.. OK ler. Masa ni dengar sangat si Roslan pun sama kes ngan aku. Aku dulu pun 'R' out jugak. Tapi cikgu aku memang dok pedo 'R' aku hari-hari masa aku darjah 4, Alhamdulillah OK. Tapi bila bercakap memang kena pikior sikit. Tu yang cam tergagap and cam control tu. Bila main belasah jer cakap kekadang pasti terlepas gak 'R' aku tu.



Gambo last aku ambik hari ni. Pastu terus balik. Sian gak takde sapa kat rumah kan. Sempat beli kopok lekor untuk iqa gan inaz sama nasi ambeng untuk mama. Susah gak kan selera orang ngidam ni. Ngam-ngam sampai rumah terus buka.


Foto montaj


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied