Webs.com - Daftar dan basic setting



Banyak tapak laman web percuma yang boleh kita gunakan untuk memuatnaik laman web kita ke dunia siber ini. Antaranya seperti Blogger, Wordpress dan Webs.com. Untuk tutorial kali ini, saya akan menerangkan penggunaan Webs.com sebagai pelantar. Webs.com lebih mudah dan sesuai digunakan terutama untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan dunia siber ini disebabkan ianya mempunyai hampir semua perkara yang diperlukan, dari blog, page biasa sehinggalah ke kalender grafik dan forum.

Anda boleh mula mendaftar akaun percuma anda di http://www.webs.com


Pendaftaran

Pilih nama yang anda akan gunakan untuk laman web sebagai username. Sebagai contoh di sini saya pilih panitiamuzikjb sebagai username. Seterusnya masukkan kata laluan yang anda akan pakai nanti. Kata laluan yang baik terdiri daripada 8 aksara digabung huruf dan nombor sebagai contoh 123asd45 atau 12345ghj.



Seterusnya laman berikut akan dipaparkan. Masukkan data yang dikehendaki. Masukkan tajuk untuk laman web anda. Untuk bahagian umur dan emel, masukkan data peribadi anda. Ini penting terutama apabila kita terlupa password nanti. Untuk negara pula, pilih other. Browse ke bawah.



Pemilihan template

Kita seterusnya akan memilih template. Template merupakan design atau rekabentuk bagi laman web kita. Klik template yang dikehendaki. Untuk setiap template disediakan beberapa jenis rekabentuk atau warna yang berlainan iaitu disediakan dibahagian kecil dibawah template berkenaan. Klik dan template besar diatas akan berubah. Jangan risau kerana anda boleh menukar template ini pada bila-bila masa sahaja jika anda rasa bosan atau menjumpai template yang lebih menarik. Browse ke bawah.



Ini merupakan langkah terakhir bagi pendaftaran laman web anda. Tandakan checkbox dan tekan butang Create My Site.



Jika keluar iklan seperti dibawah, abaikan dengan menekan butang No thank, Continue



Membina Laman Web

Sekarang kita akan mula membina laman web kita. Pilih sahaja basic setting yang disediakan. Klik Continue.



Cuma tambah Contact me dan Klik OK.



Dah siap laman web anda. Tahniah. Perhatikan semua yang dipilih tadi sudah tersenarai di satu bar. Klik butang X untuk ke control panel.



Basic Setting yang perlu diketahui

Ini merupakan paparan utama setiap kali kita login ke Webs.com. Ada empat menu utama didalam webs.com. Kita akan tengok satu persatu.


1. Site Manager



Disinilah letaknya semua page-page yang berkaitan dengan laman web kita. Page-page yang ada disenaraikan dibahagian edit site. Pada bahagian add page disenaraikan jenis-jenis page yang boleh kita tambah.



Disebelah hujung setiap page ada disenaraikan enam icon. Setiap icon ada gunanya. Disenaraikan kegunaan icon mengikut susunan.

a. icon edit - simbol pensel

Klik untuk mengubahsuai kandungan page terbabit. Fungsi yang sama apabila kita mengklik tajuk page kita

b. icon view - simbol kanta pembesar

Klik untuk melihat rupabentuk page.

c. icon rename - simbol T

Klik untuk menukar nama page. Satu window baru akan keluar. Masukkan nama baru dan klik rename.



d. icon protect - simbol kunci

Klik untuk mengunci page daripada kita terdelete, terubah dan yang sewaktu dengannya.

e. icon visible - simbol mata

Klik untuk menghilangkannya. Maksud hilang disini adalah hilang daripada senarai bar, bukannya dihilangkan terus. Sesuai digunakan sebagai sub menu.



f. icon delete - simbol no entry

Klik untuk membuang page yang tidak berkaitan. Satu window pengesahan akan keluar. Klik OK jika anda benar-benar ingin membuang page berkenaan.




Pada baris yang sama dengan edit page, ada dua perkara yang amat penting iaitu

i. Switch Homepage

Switch homepage digunakan untuk membolehkan kita menukar mana-mana page yang kita ingini menjagi laman utama. Dalam contoh ini, laman blog akan ditukar menjadi laman utama. Klik Switch Homepage.



Pilih blog dari dropdown menu dan klik butang set homepage. Kini lambang rumah akan bertukar dari home kepada blog.




ii. Reorder pages

Digunakan untuk menyusun semula susunan page. Ini juga akan mengubah susunan pada bar. Klik dan paparan baru akan keluar. Drag pages untuk mengubah susunan. Apabila selesai klik save changes.




2. File Manager



Disini kita boleh memuatnaik fail yang kita akan kongsi bersama. Pastikan jangan terlalu banyak atau besar kerana kapasiti yang diberikan cuma 20 ke 40 Mb sahaja.


3. Site Statistic



Klik untuk bersetuju. Anda boleh melihat statistik berkaitan web anda disini.


4. Site setting

Bahagian paling penting untuk memudahkan pengguna lain mencari anda. Pastikan anda mengisi bahagian ini dengan lengkap. Masukkan tag sebanyak mungkin, tapi pastikan berkaitan. Jangan lupa check pada includes in webs directory.






Berhenti dahulu disini. Pengolahan pages akan dimuatnaik dalam jangkamasa terdekat.
Tunggguu....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP