Khamis, 13 Ogos 2009

Ujian Permata Pintar UKM 2



Waa.. Pagi ni aku kena bawak budak ni pergi ambil ujian kedua Permata Pintar kat SMK Taman Tun Aminah. Semalam dah call parent dia. Tapi tak sangka betul, budaknya sangat pendiam. Sepatah tanya, sepatah jawab. Sesambil tu aku terangkan pasal ujian tu nanti. Memang banyak betul kalau ikut surat yang diterima. Ada 15 modul untuk diselesaikan dalam masa 2 jam 30 minit.

Sampai jer sekolah tu, terus aku bawak si Diva ni pergi cari makmal. OK ler. Tak mula lagi, so kitaorang lepak dulu kat kantin. Pastu sampai sekolah lama aku SMK Bukit Indah ngan yang lelain. Memasing pakat bawak sorang jer budak. Kira boleh tahan gak la susahnya saringan pertama dulu. Sekali pastu Kua Kuang datang ngan 11 orang. Mak aih.. Banyaknya.

Bila pengawas dah panggil, terus wish luck and bawak dia masuk lam lab. Pastu mintak kebenaran nak ambik gambo sikit. Aku ambik jer secara umum. Sesambil tu ambik la lelebih sikit bab si Diva ni kan. Biasa la.





Pastu aku pergi ler ke kantin lelepak ngan cikgu pengiring yang lain. Apa la kita nak buat ni. Makan, borak, makan, borak. Bosannya. Pasal ada 3 guru SMK Bukit Indah (2 ex and 1 guru pengiring), kitaorang lebih banyak dok borak pasal Bukit Indah la. Kelako betul. Dan style si Fad ni borak memang saling tak tumpah ngan cara si Kem borak. Tetambah dia dok citer pasal ular kaki empat. Memang kelako tul.





Lam kul 11.30 semua budak kena keluar. Siap tak siap kena keluar jugak. Tengok muka Diva sedih jer. Tanya dia dapat jawab habis tak. Tak. Lagi empat modul tak settle. Kebanyakan memang tak dapat settlekan semua. Sorang budak jer kuar awal 20 minit. Budak Kuo Kuang. Pengawas tu pun cakap, dia satu-satunya yang jawab dalam BI.



Si Diva lagi terkejut masa tu. Boleh jawab dalam BI ker cikgu. Kenapa cikgu tak cakap. Macammana saya nak cakap. Kan peserta jer yang dok dalam tu. Pengawas tak cakap ker. Halameekkk... Takpa la. At least you dah cuba yang terbaik. Harap-harap dapatla pergi saringan ketiga pulak.


Foto Montaj


3 komen:

Catat Ulasan

Meh la pakat komen. Tarak hal punya.