Latest from me

mknace unlimited | the colours of life

Jumaat, 28 Ogos 2009

PTK Ogos 2009 - SMK Gelang Patah



Pagi ni ada periksa PTK. Masa dapat slip aku memang tak tengok pun. Sekali masa memula cuti baru check. Eleh.. Kat Gelang Patah jer. Merangkak pun sampai. Tak kisah la. Pepagi dah kuar. Biasa la. Cari port parking dulu. Senang nak kuar nanti.



Ni ler dewan tempat aku akan amik pekse nanti. Leh tahan la besarnya kan. Biasala. Sekolah lama. Bilik kebal pun ada kat sekolah ni. Check sekali lagi aku nyer slip. Ha'ah. Betulla SMK Gelang Patah.



Dok lepak-lepak jap. Borak-borak. Pastu aku nak gi check kat mana meja aku. Cari dulu kat mana diaorang tampal ni. Nampak ramai orang kat sini. Agaknya kat sini la kot diaorang tampal kan.



Haaa.. Semua dah jumpa tempat kot. Aku lak nak check. Ya rabbi.. camner diaorang buat pelan ni. Macam terbalik jer. Pening jap nengokkan pelan ni. Check punya check aku nyer tempat maybe tepi sebelah kanan dewan ni.



Pergi jap check meja aku tu. Dia memang tak kasi masuk lagi, tapi memandangkan meja aku paling tepi mesti leh jumpa punya. Haaa.. kan dah jumpa. Paling tepi sebelah pintu. Senang tul nak kuar.



Pastu masuk dewan peksa. Tahun ni dia mula terbalik la pulak. Khusus dulu baru umum. Lepas habis jawab khusus aku terus keluar. Baca sikit untuk umum. Dah settle umum terus aku balik. Harap-harap dapat 4 la peksa ni. InsyaAllah.. kalau ada rezeki.

2 komen:

sonata anak kancil berkata...

semoga lulus dengan cemerlang : 4...

mknace berkata...

;) :) :)
Aminnn..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin