Wang Kertas RM50 Reka Bentuk Baharu



Waaaa... Apasal lain macam lak duit yang kuar kat ATM ni.. Dulu memang dah ada ura-ura nak kuarkan duit RM50 baru, tapi dah lama dah kan, so bila tetiba keluar duit baru ni terkejut gak la kan. Tapi pelik. Pasal mesin deposit masih takleh proses duit baru ni. So, apasal dikeluarkan gak. Menyusahkan orang jer kan. Bila serah kat mama duit ni pun dia terkejut gak. Apasal abang bagi duit RM1 banyak sangat ni. Tengok betul-betul. La duit baru ka... Apa ciri-ciri dia..

Pandangan belakang



Ciri keselamatan bagi reka bentuk baharu wang kertas RM50 yang dipertingkatkan ialah:

Benang Keselamatan Dengan Warna Berubah-ubah yang tertanam di dalam kertas menggantikan benang keselamatan yang sedia ada. Benang ini kelihatan seperti garis putus-putus yang berwarna pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan pada cahaya, benang ini akan kelihatan seperti garis lurus kehitam-hitaman dan teks BNM RM50 yang berulang-ulang jelas kelihatan. Apabila wang kertas ini disengetkan, warna benang keselamatan ini akan bertukar daripada merah kepada hijau, dan sebaliknya.

Apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu, teks BNM RM50 yang berulang-ulang ini akan berkilau kuning, manakala benang keselamatan akan kelihatan seperti garis lurus berkilau kuning apabila wang kertas ini dilihat dari hadapan.

Unsur Cahaya Pendarfluor Dua Warna merupakan ciri cetakan limunan tambahan pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan di bawah cahaya ultraungu, reka bentuk kompleks dua warna angka 50 akan berkilau.

Ciri keselamatan sedia ada yang direka untuk orang ramai membuat semakan kekal seperti yang berikut:

Potret Tera Air dapat dikenal pasti melalui pancaran imej warna yang lebih muda atau gelap berbanding dengan warna kertas sekitarnya. Potret tera air ini yang memberi kesan tiga dimensi kelihatan tanpa garis-garis yang jelas. Pada bahagian bawah potret tera air ini angka 50 dapat dilihat dengan jelas.

Tanda Pandang Telus memaparkan corak songket pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas apabila wang kertas ini diletakkan pada cahaya.

Unsur Cahaya Pendarfluor Limunan pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas akan berkilau dalam warna yang berbeza-beza apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu.

Huruf Mikro "BNM RM50" yang dapat dilihat di bawah kanta pembesar.

Jalur Holografik memaparkan angka 50 dan juga bunga raya.

Imej Pendam Pelbagai Warna dengan angka 50 dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan sedikit dan bertukar warna apabila kedudukan wang kertas tersebut dipusingkan.

Ciri Anti Pengimbas menyebabkan beberapa reka bentuk tertentu tidak boleh diimbas oleh mesin pengimbas.

Ciri Braille untuk orang yang cacat penglihatan.

Wang kertas RM50 baharu ini menggabungkan pelbagai ciri keselamatan yang moden dan inovatif dengan tujuan utamanya adalah untuk menghalang cubaan pemalsuan. Orang ramai dinasihati supaya mengambil perhatian terhadap ciri keselamatan dan reka bentuk yang dinyatakan di atas. Siri reka bentuk wang kertas RM50 yang sedia ada akan terus sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama-sama wang kertas baharu RM50 ini sehingga ia dikeluarkan dari edaran secara berperingkat-peringkat. Had masa bagi tempoh edaran bersama ini tidak ditetapkan.

Klik untuk maklumat lanjut

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Is it possible Abercrombie clothing to turn a profit by gifting abercrombie Jeans promotional items and selling your inventory at the same time? Is it possible to Abercrombie Pants make large sums Abercrombie Tees of money by giving away promotional clothing? Abercrombie Shorts Will this practice bring awareness to your brand? Fashionable promotional clothing items are a great way to Abercrombie Sweaters help sell your brand to your target audience. Items like shirts and caps are favorites among most consumers especially when they receive them for free as a gift or give-away. Be it a screen printed tee shirt or an embroidered hat or polo shirt, your imprinted logowill leave a long lasting impression and gain a lot of attention by your targeted audience.

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP