To do list : Membaiki kasut



Masa sebelum koir lagi aku dah perasan ada sikit crack kat kasut ni. Masa kat Tanjung Puteri dia dah makin teruk, cam nak terkopak pun ada. So, hari ni bender ni memang kena masuk lam to do list aku untuk hari ni; perki kedai baiki kasut.

Target asal aku nak anto kat kedai baiki kasut kat Gelang Patah jer, kebetulan mama nak potostat kerja untuk murid-murid dia kat Taman U. Aku memang ingat ada kedai baiki kasut sebelah kedai buku ni, lagi satu ada kat sebelah Maybank sana nun.

Boleh baiki kasut ni tak?
Boleh, abang nak wat camner. Kalau gam jer tak kuat ni. Jap aje terbuka balik.
Kalau camtu jahit jer ler. Brape?
RM 15 sepasang.
OK ler.

Terus aje aku bukak kasut bagi kat dia. Pastu layan jer nengok dia wat kerja. Ni la kali pertama aku jahit kasut aku semasa aku dah kerja. Sebelum ni takde lagi kasut aku yang tercabut tapak camni. Semua terkopak terus jer. Hehehe. Kalau dulu masa dok kat Beseri leh kata 3 bulan sekali mesti aku gi jahit tapak balik. Lasak tul aku masa tu. Kira RM15 sepasang tu agak murah la kot. Dulu pun aku kena RM 13. Tapi tu aku soh jahit double la. Ha'ah. Kenapa aku tak suruh dia jahit double cam dedulu ekk.. Maybe dah lama sangat kot. Kepala aku pun dah tak baper ingat sangat dah. Tahun 1993 .. emm.. baper lama aaa.. puhhh.. dekat2 15 taun yang lampau tu...




Memula dia taruk gam dulu. Lepas dah kering baru dia mula kerja menjahit. Layan jer ler.. Pastu dia tarah satu longkang kat tapak bawah. Longkang ni bertujuan untuk dijadikan tempat letak benang baru tu. Pastu baru dia jahit. Pas siap semua dia siap kiwikan lagi kasut aku. OK ler kot. Apa yang penting... kasut aku dah comeii semula.. Hehehe



Next to do list...

Ganti bateri jam aku .. kat mana pun tak tahu lagi ni..

Ulasan

Unknown berkata…
Nak tanya,apa nama kedai ni? Dekat mana location sebenar?
mknace unlimited berkata…
Dekat area kedai buku row pasar tu

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied