Taklimat Projek LAN Sekolah

Photobucket

Taklimat Projek LAN Sekolah

Masa : 2.00 Petang
Tempat : SM Sains Johor

Aku bertolak dengan Zawawi dari Pusat Kokurikulum dalam jam 12.15 tengahari. Masa ni ler si Awi dok tayang GPS system dia. Dia pakai Mapking. Tapi aku rasa tak ler se'best' Garmin ni.

Perbincangan kitaorang banyak berkisar pasal perkembangan ICT kat Johor. Memang nampak cam terlalu slow sangat. Aktiviti bersama pun kureng. Tak cam masa aku dok kat Selangor dulu. Kalau dengan Kelantan Ganu tu lagi kalah la.

Sesampai jer kat SMSJ aku jumpa si Farid Sains Muao. Mak aih dah kurus abis. Apa dah jadi ni. Geng-geng ITC lain semua terkejut gak leh jumpa aku balik. Nak wat camner kan. Donia ni kan kecik jer. Pi mai pi mai tang tu jugak. Lawak la. Dah cam reunion ITC jer.

Geng-geng lama ITC
Photobucket

Antara Penyelaras ICT yang hadir petang tu
Photobucket

Geng-geng lama ITC
Photobucket

CNN - kontraktor yang bertanggungjawab penuh
Photobucket

Lam kul 2.30 taklimat bermula. Aku suka hati gak pasal sekolah-sekolah akan dapat line baru berupa fiber optik atau wireless bridge atau gabungan keduanya. Aku memang tak akan amik yang lain selain fiber optik. Aku rasa dah lama hak aku untuk mendapat fiber optik di'anaktiri'kan. Kali ni apa jadi aku akan amik fiber optik sepenuhnya. Setakat bridging aku dah siap buat multipoint bridging lagi kat sekolah aku. Tak payah la.

Taklimat dari En. Adhanizam
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

tengok Farid.. kurus tul. Cam tak terurus jer
Photobucket

Lepas taklimat first aku dah rasa cambest. Kalu ditengok dari plan patut aku dapat model 3. Leh tahan la. Model paling mewah tu. Sekali lepas En. Faizal dari CNN bagi taklimat, boleh terkedu jap aku. List sekolah aku lam model 5. Takde rewiring untuk makmal. Bengong jugak. En. Adha sibuk dok menenteramkan suasana. Ye la kan. Banyak gak sekolah tak puas hati pasal model tak kena. Apa-apa pun aku masih boleh terima lagi pasal sekolah aku memang dah fully networking dah. Apa yang penting bagi aku sebenarnya adalah 2 line fiber optik yang akan dipasang tu kelak. Yang lelain masih boleh diatur.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Model dan perancangan yang dipertontonkan
Photobucket
Photobucket

Timeline
Photobucket

List sekolah dan model
Photobucket

Ada yang submit pelan, tak puas hati dsb
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Dah settle semua. Maknanya pasni memang aku akan lebih sibuk kat sekolah. Projek besar ni memang kena jaga bebetul. Apa yang kurang bagi aku sekarang adalah aku terlalu penat pasal dah seminggu aku tak cukup rehat ni. Camner la aku kat sekolah esok ni..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP