Hari Sabtu yang indah


Hari ni rasanya satu Johor ambik sekolah ganti. Ganti untuk raya cina nanti. Takpelah. Lagipun kan dah dapat seminggu cuti untuk raya cina ni. So ganti je la. Pasal ganti pakai jadual khamis, aku tak pack sangat hari ni. Macam-macam nak settle. Ngan cyber brigadenya, ngan jadual makmalnya ngan zoom-a lagi. 
Lepas sekolah, ayang dah ajak merayap ke angsana. nak cari bakul untuk bagi hadiah kat perasmi nanti. dengornya aziz sapian yang jadi perasmi. tak kisah la. sampai-sampai makan dulu. aku takde selera sangat nak makan tengahari ni pasal aku dah makan nasi pagi tadi so, aku order sup cendawan je. minum cam biasa order ice blended. orang selalunya akan tertukar antara order aku ngan bini aku ni. pasal biasanya aku mesti mintak ais, bini aku mintak panas. 
lepas makan kat luar kitaorang masuk kat dalam. seperti biasa nampak awie melalak kat depan booth kegemaran dia. aku pun tak tau nama sebenar dia, tapi sejak aku kenal angsana aku tak pernah tak jumpa mamat ni melalak depan kedai muzik. sian dia. 
naik eskelator nampak orang ramai sesangat. ada apa ni. la. ujibakat bintang rtm 2009. dah macam af la pulak. leh tahan gak ye rebranding rtm nih. aku respek orang yang berni naik dan nyanyi kat atas tu. walau ada yang tahu diri dia tak besh nyanyi, tetap berani untuk memalukan diri kat atas tu. dah tu siap ketawa lak tu. 
esok nak gi kip mart lak. tengokla. aku rasa cam aku nak memburu gambo jer ni. cuma sejak kamera aku dah bertambah dimension ni aku dah jarang bawak sangat. beso ler pula. beg pun terpaksa bawak yang lain. 


Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam