Latest from me

mknace unlimited | the colours of life

Rabu, 31 Disember 2008

Selamat Tahun Baru


Selamat tinggal 2008
Selamat datang 2009
Semoga hari-hari yang mendatang
Akan lebih cemerlang
Dari hari-hari sebelumnya

Isnin, 29 Disember 2008

Yang Di-Pertuan Besar ke-11 Negeri Sembilan

Tunku Mukhriz dilantik Yang di-Pertuan Besar ke-11

KUALA PILAH: Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Tuanku Munawir dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 dengan Istiadat Pemasyhuran baginda diadakan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, jam 3.46 petang ini. 

Pemilihan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru itu diadakan berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman kerana angin ahmar, pagi kelmarin. 

Pemilihan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru diputuskan oleh Datuk Undang Yang Empat, iaitu Datuk Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Undang Luak Johol, Datuk Undang Luak Jelebu dan Datuk Undang Luak Rembau mengikut Perlembagaan Negeri. 


Pelantikan pengganti Almarhum Tuanku Ja'afar membabitkan di kalangan Putera Yang Empat iaitu terdiri daripada Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Tuanku Munawir; Tunku Laksamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar; Tunku Muda Serting, Tunku Imran Tuanku Ja'afar dan Tunku Panglima Besar, Tunku Nazaruddin Tuanku Ja'afar. 

Daulat Tuanku.

Sabtu, 27 Disember 2008

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat

Berita dipetik dari Bernama

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,'' kata beliau pada sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.

Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada pukul 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.

"Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.

"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ," katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

Katanya jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai.

Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.

Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.

"Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.

"Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,'' katanya.

Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja'afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada pukul 10 pagi esok.

Khamis, 25 Disember 2008

Filem tempatan tenat??!?

Cadangan terbaru yang aku baca pagi tadi mengenai nak naikkan harga tiket untuk filem-filem Hollywood menjadi RM20 manakala filem tempatan kekal. Kekadang cam tak masuk akal cadangan diaorang ni. Selama ni pun orang ke panggung nak tengok filem Hollywood bukannya filem melayu. Kalau nak naikkan baik naikkan tiket aje, takyah sesusah nak beza filem tempatan atau luar negara. Bukannya apa, dahlah penonton kurang; harga rendah, macam tak payah. Kalau harga sama sekurang-kurangnya cepatla sikit nak balik modal pembikin filem tu kan.

Yang aku nampak cadangan ni cuma akan menguntungkan lagi pengedar-pengedar CD original copy yang dah tersedia melambak-lambak seluruh negara. Mereka ni lah sebenarnya punca masalah ini. Masalah kedua berkaitan mutu filem-filem tempatan. Asik-asik sama jer. Belum tengok pun dah tau ending. Cubalah bikin filem yang bermutu sikit. Teringat nonton filem cinta u-turn itu hari. Rasa nak termuntah pun ada. Kalau ini leh settle. Filem-filem kita takde masalah. Pasal orang akan tentu pergi tengok juga kan.

Kawan makan kawan

Kalau baca tajuk macam pelik kan? Kawan makan kawan. Sebenarnya kawan tertembak kawan. Semalam kat PJ seorang polis bantuan KTM tertembak rakannya ketika bergelut dengan pencuri kabel. Kesian kan. Dah tertembak kawan sendiri. Tapi dalam jarak 3 meter?? Sedih gak baca.

Bagi aku masalah ini disebabkan sikap acuh tak acuh. Bukan nak salahkan sesiapa dalam kes ni, tapi yang aku nampak kat Malaysia ni; biasanya dah jadi baru nak mengeluh. Itulah, inilah, orang tu salah, orang ni salah, dan bermacam lagi alasan keluar. Pastu lam 2, 3 bulan senyap la.

Bukannya nak menyalahkan sesiapa tapi rasanya setiap pihak harus meningkatkan kefahaman tentang bidang tugas masing-masing. That's mean dalami semua perkara tentang tugas dan situasi masing-masing. Bukannya ambil sikap acuh tak acuh sahaja. Jika dan hanya jika pengurusan mengambil berat tentang stafnya, jika dan hanya jika stafnya mengambil berat tentang tugasnya; dan jika dan hanya jika masyarakat mengambil berat akan tanggungjawabnya; cerita ini tak akan berlaku. Takziah pada keluarga mangsa.

Tali pinggang belakang

Tak habis-habis lagi isu ni. Kerajaan pun masih belum benar-benar memutuskan lagi apa yang patut dilakukan jika tidak memakai tali pinggang belakang. Apa yang penting, buat kajian betul-betul. Cari pro dan kontra. Baru laksanakan. Bukannya terus buat melulu sahaja. Kalau tak jadilah cam isu minyak sekarang ni. Bila dah laksana nak tarik balik dah susah. Harga barang nak turun jangan haraplah. Biarpun sampai harga minyak free sekalipun. Setiap apa yang dilakukan akan memberi kesan kepada perkara-perkara lain. Itu yang patut dikaji. Bukannya hantam sahajalah. Yang lelain tu tak penting pun.

Apa yang biasa kita lihat di Malaysia adalah saiz-saiz keluarga yang besar. Biasanya tempat duduk belakang diisi sampai 5-6 orang kanak-kanak. Aku sendiri pernah naik kereta sampai 8 orang. Au pun pelik camner kitaorang naik keter masa tu. Alhamdulillah, tak jadi apa-apa. Tu citer lama la. Sekarang ni, cam kata mak aku dulu; bila raya sampai penuh laman rumah dengan keter. 

Yang aku nampak, selalunya kereta yang kurang orang ni yang eksiden. Pasal yang nyata kesedaran pasal keselamatan diaorang ni kureng sikit. Yang berkeluarga besar ni biasanya dia relaks on the road. Yelah, ramai tanggungjawab kat belakang kan. Apa pun kerajaan kena kaji bebetul sebelum akta tali pinggang belakang benar-benar diluluskan. Bukannya apa, kesian pada yang berkeluarga besar ni. 

Selamat Hari Natal

Selamat menyambut Hari Natal kepada semua yang beragama Kristian. Selamat bercuti kepada yang lain termasuklah diriku ini. Yang pasti, ramai yang sambung cuti hari Jumaat. Yelah, kan terus dapat 4 hari tu. Happy Holiday...

Rabu, 24 Disember 2008

Ekonomi dunia meleset


Nampaknya tahun depan memang agak perit untuk dilalui. Memang teruk ni. Ekonomi satu dunia tengah merudum. Yang hebatnya Malaysia jer tak. Hebat kita... Pelik kan. Minyak turun. Getah turun. Harga barang terus melambung. Apa nak jadi ni. Memang dunia dah hampir ke penghujungnya. Bagaimanakah agaknya kita nak mengharungi hari-hari yang kian mendatang. 

Apa-apa pun Selamat Menyambut Hari Natal buat semua yang beragama Kristian.

Singapore Flyer


Ngeri kan dengar cerita Singapore Flyer yang terhenti semalam nih. Lagi ngeri kalau kita sendiri yang terperangkap. Huh. Boleh tahan gayat tu. Rasa cam dah nak mati pun ada tetambah kalau dok kat gondola yang paling atas kan. Bayangkan pukul 5 petang terberhenti. Korang diselamatkan 6 jam kemudian; lebih kurang jam 11 malam la. Memang terseksa jiwa raga tu beb.  

Lamanya tak nulis


Lama gak tak nulis kat blog ni. hehehehe. Adala dalam setahun lebih. Memang susah kan bila dah ada banyak site cenggini. Memula dulu memang ramai yang cakap masuk bebanyak nanti cepat glamour. Ntahlah. Bagi aku lagi banyak ada lagi susah nak maintain. Biasala. Susah nak maintain. Cam aku, aku ade fotopages, facebook, frienster dan ntah apa lagi la. friendster toksah cakap banyak la. Lam sebulan jer layan pastu hampes, nak bukak pun dah susah. Paling banyak dibukak fotopages, maybe sebab aku suka layan foto. PAstu bila facebook lak jalan lagi kerap aku dok kat fb ni. Tu pun pasal aku memang gila main game kan.

Best gak isu paling hangat tahun ni, apalagi kalau bukan mawi lagi. kali ni bukan setakat dia, malah dah jadi isu besar. Pasal kes halau media. Aku sendiri taktau nak komen bebanyak. Yang pasti tuan rumah tak mungkin tak tau apaper. Sendiri mau ingatla...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin